Seberang Perai Selatan ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Sungai Jawi dan bandar terbesarnya ialah Nibong Tebal. Daerah ini juga merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.
Pentadbiran
Daerah Seberang Perai Selatan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Antara bandar dan pekan lain yang terletak dalam daerah ini termasuklah Batu Kawan, Bukit Tambun, Simpang Ampat dan Sungai Bakap.
Daerah Seberang Perai Selatan terbahagi kepada 16 mukim;[3]
Daerah Seberang Perai berkeluasan 242 kilometer persegi. Purata ketinggian daratan daerah ini ialah 29 meter di atas aras laut manakala titik tertinggi mencecah 401 meter, yang terletak di Bukit Panchor, Taman Negeri Bukit Panchor.[4]
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Selatan ialah seramai 184,007 orang dengan kepadatan penduduk 760 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Selatan merupakan Bumiputera, dengan peratusan 44 peratus daripada jumlah penduduk.[6]
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Di daerah Seberang Perai Selatan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 43.3 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 33 peratus, agama Hindu sebanyak 15.7 peratus, agama Kristian sebanyak dua peratus dan lain-lain agama sebanyak dua peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.17 peratus dan hampir empat peratus penduduk tidak diketahui agamanya.[6]
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Selatan. Terdapat sebanyak 56 buah sekolah di daerah ini;[7]
Jenis sekolah
Bilangan
Sekolah Kebangsaan
21
Sekolah Jenis Kebangsaan
18
Sekolah Menengah Kebangsaan
15
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
1
Kolej Vokasional
1
Daerah Timur Laut juga mempunyai 15 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.