Teluk Air Tawar

Teluk Air Tawar
日落斗哇
NegaraMalaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahSeberang Perai Utara
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
 • Datuk BandarRozali Mohamud
 • Ahli Parlimen Tasek GelugorShabudin Yahya (BERSATU)
 • Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air TawarMustafa Kamal Ahmad (PH-PKR)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Not observed
Poskod
13050
Laman sesawanghttp://www.mbsp.gov.my

Teluk Air Tawar adalah sebuah pinggir bandar yang terletak di utara pusat bandaraya Butterworth di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Teluk Air Tawar terletak di kawasan Parlimen Tasek Gelugor di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia. Bandar tepi laut ini mempunyai pemandangan George Town, Pulau Pinang yang indah di seberang laut.

Ramai orang menggunakan jalan melalui kawasan ini untuk tiba di bandar Sungai Petani dengan lebih cepat. Teluk Air Tawar terletak di tengah Laluan Persekutuan Malaysia 1. Jalan keluar Bertam adalah jalan keluar ke utara sementara jalan keluar Sungai Dua berada di sebelah selatan jalan utama.

Bandar ini menjadi tempat pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Terdapat beberapa kawasan perumahan berhampiran seperti Taman Seri Senangan, Taman Wira, Taman Robina, Taman Telok Molek, Taman Pahlawan dan Taman Bayu Aman. Poskod tempat tersebut adalah 13050 Butterworth.

Wakil Rakyat

Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;


Lihat juga

  1. ^ "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-09. Dicapai pada 2010-10-31.