Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Daerah terbesar di Pulau Pinang dengan keluasan 262.53km persegi (26588.04 hektar). Daerah ini juga terletak kira-kira 300 kilometer ke arah barat laut dari Kuala Lumpur dan 15 kilometer ke arah timur laut dari Georgetown (jika dikira dari Kepala Batas).
Daerah ini mempunyai purata ketinggian 8 meter atas aras laut, manakala ketinggian maksimum mencecah 167 meter.[3]
Demografi
Sejarah kependudukan
Tahun
Pend.
±%
1991
224,647
—
2000
243,938
+8.6%
2010
288,692
+18.3%
2020
339,095
+17.5%
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Utara ialah seramai 339,095 orang dengan kepadatan penduduk 1,267 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Utara merupakan Bumiputera, dengan peratusan 63.1 peratus daripada jumlah penduduk.[4]
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Utara. Terdapat sebanyak 94 buah sekolah di daerah ini;[5]
Jenis sekolah
Bilangan
Sekolah Kebangsaan
44
Sekolah Jenis Kebangsaan
20
Sekolah Menengah Kebangsaan
21
Sek. Men. Kebangsaan Agama
1
Sekolah Menengah Agama
4
Sekolah Berasrama Penuh
1
Kolej Vokasional
1
Kolej Tingkatan 6
1
Sekolah Model Khas
1
Daerah ini juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, lima klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Pengangkutan
Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Sebuah kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.[6] Selain dari itu, terdapat juga Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) iaitu sepanjang 18.9 km yang telah dibuka pada 7 Disember 2005.[7]
Lebuhraya ini turut melalui Daerah Seberang Perai Utara iaitu bermula daripada Sungai Muda yang memisahkan Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sungai Perai iaitu sempadan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Terdapat dua susur keluar iaitu:
Lebuhraya ini bermula daripada Persimpangan Sungai Dua sehingga ke Megamall Pinang, Perai sepanjang 14 kilometer. Terdapat 3 buah plaza tol di sepanjang lebuh raya ini, iaitu:
Plaza Tol Prai
Plaza Tol Bagan Ajam
Plaza Tol Sungai Nyior
Terdapat 5 susur keluar yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu:
Telah dibuka kepada awam pada 22 November 2018 menghubungkan semua pengangkutan darat di Wilayah Utara iaitu kereta api, feri, bas dan teksi. Telah dibangunkan oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) merangkumi kawasan seluas 22.65 ekar.