Robert Carlyle Byrd (lahir 20 November 1917 - 28 Jun 2010) ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Senator A.S. dari Virginia Barat. Seorang ahli Parti Demokrat, Byrd merupakan senator paling lama berkhidmat dalam sejarah Kongres Amerika Syarikat.
Awalnya beliau terpilih sebagai perwakilan Amerika Syarikat pada tahun 1952, Byrd bekerja di sana selama enam tahun sebelum dilantik menjadi ahli Senat pada tahun 1958. Selama bertahun-tahun memimpin Kaukus Demokrat di Senat sebagai pemimpin Majoriti Senat 1977-1981 dan 1987 hingga 1989, dan sebagai Ketua Minoriti Senat 1981-1987. Dari 1989-2010, beliau menjabat sebagai Presiden sementara Senat Amerika Syarikat ketika Parti Demokrat menjadi majoriti, dan sebagai Presiden Emeritus Parti Republik 2001.
Beliau dapat peruntukan wang persekutuan untuk projek-projek di West Virginia selama bertahun-tahun. Reputasinya sangat besar dan menjadi asas sokongan di West Virginia. Beliau menyokong undang-undang Hak Sivil 1964 dan menyokong Perang Vietnam tetapi mengkritik Perang Iraq.
Ku Klux Klan
Byrd menyertai Ku Klux Klan semasa usia 24 tahun pada 1942. Pertubuhan haram itu sering menyerang kaum kulit hitam terutama di Mississippi, Amerika Syarikat. Pihak Ku Klux Klan menyatakan beliau berpotensi menjadi pemimpin. Dalam organisasi haram itu, Byrd memegang jawatan Kleagle (tukang rekrut) dan Exalted Cyclops.