Gempa bumi Haiti 2010

Gempa bumi Haiti 2010
Tarikh16:53:10, 12 Januari 2010 (−05:00) (2010-01-12T16:53:10−05:00)
21:53:10, 12 Januari 2010 (UTC) (2010-01-12T21:53:10Z)
Magnitud7.0 Mw
Kedalaman13 kilometer (8.1 bt)
Koordinat18°27′25″N 72°31′59″W / 18.457°N 72.533°W / 18.457; -72.533Koordinat: 18°27′25″N 72°31′59″W / 18.457°N 72.533°W / 18.457; -72.533
Kawasan terjejasHaiti
Keamatan maksimumMM X[1]
Gegaran susulan42[2]
Korban230,000 disahkan maut[3]

Gempa bumi Haiti 2010 ialah sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, ibu negara Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari 2010,[4][5] sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya sebanyak 33 gegar penghujung, 14 daripadanya antara magnitud 5.0 hingga 5.9.[6] Persatuan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa bumi ini;[7] Menteri Dalam Negeri Haiti Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa.[8] Pada 10 Februari pula, kerajaan Haiti mengumumkan bahawa seramai 230,000 orang telah disahkan meninggal manakala 300,000 lagi cedera.[3] Mereka juga menganggarkan 250,000 rumah dan 30,000 bangunan komersil telah runtuh atau rosak teruk.[9]

Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya. Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan, termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[10] Ibu pejabat Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[11][12]

Titik gempa

Peta keamatan USGS

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat-barat daya dari Port-au-Princedengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5.[4], terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo, pulau Cuba, di Kingston, Jamaica, di Caracas, Venezuela dan di Santo Domingo, Republik Dominican.

Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah menghentam Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofizik USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 menghentam Republik Dominican dan Haiti yang menyebabkan tsunami dan menyebabkan 1,790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi[13] tetapi kemudian membatalkannya.[14]

Gegar penghujung

Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan enam gegar penghujung dalam tempoh dua jam selepas gempa bumi utama. Gempa susulan ini bermagnitud lebih kurang 5.9,[15] 5.5,[16] 5.1,[15] dan 4.5.[15] Dalam sembilan jam pertama 26 gegar penghujung dengan magnitud 4.2 atau lebih direkodkan, 12 daripadanya bermagnitud 5.0 atau lebih.[17] Menurut anggaran USGS, kira-kira 3.5 juta orang tinggal di kawasan yang mengalami gegaran MMI VII hingga X, julat yang boleh menyebabkan kerosakan sederhana ke teruk terhadap binaan yang tahan gempa.[1]

Pada 20 Januari jam 11:03 UTC gegar penghujung terkuat sejak gempa bumi,[18] berukuran magnitud 5.9 Mw, melanda Haiti.[19] USGS melaporkan pusat gempanya kira-kira 56 kilometer (35 batu) BBD Port-au-Prince,[20] yang meletakkan hampir betul-betul di bawah bandar Petit-Goâve. Seorang wakil PBB melaporkan yang gegar tersebut meruntuhkan tujuk bangunan di Petit-Goâve.[21] Pekerja daripada pertubuhan amal Save the Children melaporkan terdengar "struktur yang memang telah lemah runtuh" [18] namun kebanyakan sumber menyatakan tiada kerosakan besar lanjut terhadap infrastruktur di Port-au-Prince. Korban lanjut difikirkan minimum kerana penduduk tidur di kawasan lapang.[21]

Akibat

Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Gempa bumi melanda kawasan yang teramai penduduknya di Haiti; bilangan mangsa terkorban dianggarkan meningkat dari 45,000 sebaik sahaja berlakunya gempa hingga 200,000 orang enam hari kemudian.[22][23][8] Sehari selepas gempa, Palang Merah Antarabangsa menganggarkan seramai 3 juta roang terjejas oleh gempa bumi.[7] Rayuan untuk bantuan antarabangsa dikeluarkan oleh para pegawai kerajaan Haiti, termasuk Raymond Joseph, duta Haiti ke Amerika Syarikat.[24]

Tindak balas

Heavy-lift helicopters ferry water from the offshore flotilla, 15 Januari.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Salvation Army,[25] PBB[26] and president René Préval[27] mula merayu bantuan kemanusiaan. Duta Joseph dan anak saudaranya, Wyclef Jean,[28] yang dilantik oleh Préval sebagai "duta merantau" Haiti,[29] turut sama merayu bantuan.

Banyak negara telah membalas rayuan dengan melancarkan usaha pengumpulan dana, serta menghantar pasukan penyelamat. Negara jiran Republik Dominica ialah negara pertama yang menghulurkan bantuan kepada Haiti, sekaligus mengetepikan perbalahan antara kedua-dua negara sejak abad ke-19.[24] Pasukan Dominica menghantar makanan, air botol dan jentera berat untuk membersihkan runtuhan.[30] Hospital-hospital dan lapangan terbang di Haiti dibuka untuk menerima bantuan untuk diedarkan ke seluruh Haiti.[30] Negara-negara lain dari jauh turut menghantar kakitangan, ubat-ubatan, bahan-bahan dan bermacam-macam bentuk bantuan ke Haiti. Palang Merah Antarabangsa mengesahkan pihaknya sudah kekeringan bekalan di Haiti lalu merayu agar orang awam menghulurkan derma.[31]

Lihat juga

{{#if:2010 Haiti earthquake|

Rujukan

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pager2010rja6
  2. ^ "Earthquake List". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-15. Dicapai pada 14 Januari 2010.
  3. ^ a b Haiti raises earthquake death toll to 230,000 MSNBC
  4. ^ a b "USGS Magnitude 7.0 – HAITI REGION". Dicapai pada 13 Januari 2010.
  5. ^ Millar, Lisa (2010-01-17). "Tens of thousands isolated at quake epicentre". ABC News. Dicapai pada 2010-01-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Earthquake Center, USGS. "Latest Earthquakes M5.0+ in the World – Past 7 days". Earthquake Hazards Program. United States Geological Survery. Dicapai pada 13 Januari 2010.
  7. ^ a b "Red Cross: 3M Haitians Affected by Quake". CBS News. 13 Januari 2010. Dicapai pada 13 Januari 2010.
  8. ^ a b Sutton, Jane (15 Januari 2010). "Haiti quake death toll may hit 200,000-minister". Reuters Alertnet. Reuters. Dicapai pada 15 Januari 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ Clarens Renois (5 Februari 2010). "Haitians angry over slow aid". The Age. Dicapai pada 5 Februari 2010.
  10. ^ "Haiti After The Quake". Thaindian.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 2010-01-20.
  11. ^ "Briefing by Martin Nesirky, Spokesperson for the Secretary-General, and Jean Victor Nkolo, Spokesperson for the President of the General Assembly". United Nations. 13 January 2010. Dicapai pada 13 January 2010.
  12. ^ "Clinton visits quake-hit Haitians". BBC News. 16 January 2010. Dicapai pada 16 January 2010.
  13. ^ Katz, Jonathan M. (12 January 2010). "Many casualties expected after big quake in Haiti". Atlanta Journal-Constitution. Dicapai pada 12 January 2010.
  14. ^ "Tsunami Message Number 3". NOAA. Dicapai pada 12 January 2010.
  15. ^ a b c "Magnitude 5.9 – HAITI REGION". 12 Januari 2010. Dicapai pada 12 Januari 2010.
  16. ^ "Magnitude 5.5 – HAITI REGION". 12 Januari 2010. Dicapai pada 12 Januari 2010.
  17. ^ "Earthquake List for Map of N America Region". United States Geological Survey. 13 Januari 2010 (05:33:52 UTC). Dicapai pada 13 Januari 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ a b "New aid arrives, but aftershock rattles Haiti". CNN. Turner Broadcasting System, Inc. 20 Januari 2010. Dicapai pada 20 Januari 2010.
  19. ^ Marc Lacey (20 Januari 2010). "Aftershock Rattles Nerves in Haitian Capital". Dicapai pada 20 Januari 2010.
  20. ^ "Magnitude 5.9 - HAITI REGION". 20 Januari 2010. Dicapai pada 20 Januari 2010.
  21. ^ a b "Haitians flee in fear as big aftershock hits". Houston Chronicle. 2010-01-20. Dicapai pada 20 Januari 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bbcfirst
  23. ^ Leonard, Tom. Haiti earthquake: hundreds of thousands feared dead, The Daily Telegraph, 13 Januari 2010.
  24. ^ a b "Dominican Republic aid to Haiti eases historic tensions – CNN.com". Edition.cnn.com. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  25. ^ "Charities plead for Haitian aid". The San Bernardino Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-22. Dicapai pada 16 January 2010.
  26. ^ "Tensions Mount In Haiti Amid Plea For Aid". SKY News. Dicapai pada 16 Januari 2010.
  27. ^ "Thousands feared dead after powerful Haiti quake". The Miami Herald. Retrieved 16 January 2010.
  28. ^ "Appeals for aid after quake strikes Haiti". CNN. 13 Januari 2010. Dicapai pada 13 Januari 2010.
  29. ^ Reuters (3 January 2007). "Wyclef Jean to be Haiti's roving ambassador". MSNBC. Dicapai pada 13 January 2010.
  30. ^ a b Thursday, 14 January 2010 @ 19:45 UTC by Rocio Diaz. "Dominican Republic: Helping Neighboring Haiti After Earthquake". Global Voices Online. Dicapai pada 15 January 2010.
  31. ^ Associated Press (13 January 2010). "American Red Cross says it has run out of medical supplies in Haiti". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-16. Dicapai pada 14 January 2010.

Read other articles:

Keuskupan Agung DenverArchidioecesis DenveriensisKatolik LokasiNegara Amerika SerikatWilayahColorado UtaraProvinsi gerejawiProvinsi DenverPopulasi- Katolik550,000 (17.1%)InformasiDenominasiKatolikRitusRitus LatinPendirian16 Agustus 1887KatedralCathedral Basilica of the Immaculate ConceptionPelindungDikandung Tanpa NodaSanto Fransiskus dari AssisiKepemimpinan kiniPausFransiskusUskup AgungSamuel Joseph AquilaAuksilierJorge Rodríguez-NoveloVikaris jenderalRandy DollinsPetaSi...

 

Преобразование Фурье ставит в соответствие временную область функции, показанную красным, к её частотной области, показанной синим. Составные частоты, распространённые частотным спектром, представляются пиками в частотной области. Временная область — анализ матема...

 

Formation of marble found in southern New York Tuckahoe marbleStratigraphic range: Late Cambrian, Early OrdovicianThe Federal Hall National Memorial in Manhattan, constructed using Tuckahoe marble.LithologyPrimarymarbleLocationRegionWestchester County & Inwood,New YorkType sectionNamed forTuckahoe, New York(or Inwood and Westchester, New York) Tuckahoe marble (also known as Inwood and Westchester marble) is a type of marble found in southern New York state and western Connecticut. Part of...

Carlo PontiLahirCarlo Fortunaro Pietro Ponti, Sr.(1912-12-11)11 Desember 1912Magenta, Lombardia, ItaliaMeninggal10 Januari 2007(2007-01-10) (umur 94)Jenewa, SwissSuami/istriGiuliana Fiastri (m. 1946–1957) (bercerai)Sophia Loren (m. 1957–1962) (dibatalkan) (m. 1966–2007) (kematiannya)AnakGuendalina Ponti Alex Ponti (b. 1952) Carlo Ponti Jr. (b. 1964) Edoardo Ponti (b. 1971) Carlo Ponti (11 Desember 1912 – 9 Januari 2007) merupakan seorang produser berkebangsaan Ital...

 

العلاقات الكورية الجنوبية الليسوتوية كوريا الجنوبية ليسوتو   كوريا الجنوبية   ليسوتو تعديل مصدري - تعديل   العلاقات الكورية الجنوبية الليسوتوية هي العلاقات الثنائية التي تجمع بين كوريا الجنوبية وليسوتو.[1][2][3][4][5] مقارنة بين البلدين هذه م�...

 

DFB Pokal 1953 Competizione Coppa di Germania Sport Calcio Edizione 10ª Luogo  Germania Ovest Risultati Vincitore Rot-Weiss Essen(1º titolo) Secondo Alemannia Aachen Cronologia della competizione 1943 1953-1954 Manuale La Coppa di Germania 1952-53 fu la 10ª edizione della competizione. Fu la prima edizione della coppa dopo la fine della Seconda guerra mondiale e fu limitata alla Germania Ovest, dopo che la controparte orientale si era già riattivata anni prima. La finale si giocò l...

Lokasi Taranaki di peta Taranaki adalah provinsi di bagian barat Pulau Utara, Selandia Baru.[1] Ibu kota provinsi ini adalah Playmouth yang juga sebuah pelabuhan.[1] Pada tahun 2005 populasi di Taranaki mencapai 105.000 orang.[2] Bentang alam yang paling menonjol dari provinsi ini adalah puncak vulkanik dari Gunung Taranaki yang mendominasi wilayah Taranaki.[2] Dari jalur pegunungan tersebut terlihat pemandangan Taman Nasional Egmont yang membentang di hamparan...

 

This article does not cite any sources. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: NSB Class 30 – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (March 2015) (Learn how and when to remove this template message) NSB class 30The preserved engine no. 271 on the Rauma LineType and originPower typeSteamBuilderThune (22), NMI (23)Build date1914–1916, 1919–1921, 193...

 

American digital multicast TV network Television channel DABLTypeDigital multicast television network(Black sitcoms)CountryUnited StatesBroadcast areaUnited States(available in most markets)AffiliatesList of Dabl affiliatesHeadquartersNew York City, New YorkProgrammingPicture format 720p (HDTV) 480i (SDTV, widescreen) (downgraded to 4:3 on some over-the-air affiliates) OwnershipOwnerParamount Global(operated by Weigel Broadcasting)ParentCBS Media Ventures(CBS Entertainment Group)Key peopleSte...

Voce principale: Unione Sportiva Cremonese. Unione Sportiva CremoneseStagione 1927-1928L'undici della trasferta di Marassi Sport calcio Squadra Cremonese Allenatore Fusco Presidente Cesare Balestreri Divisione Nazionale7º nel girone A Maggiori presenzeCampionato: Ferrazzi e Moroni (20) Miglior marcatoreCampionato: Ranelli (9) 1926-1927 1928-1929 Si invita a seguire il modello di voce Questa voce raccoglie le informazioni riguardanti l'Unione Sportiva Cremonese nelle competizioni uffici...

 

For other uses, see Broken Hill (disambiguation). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Broken Hill – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (October 2021) (Learn how and when to remove this message) City in New South Wales, AustraliaBroken HillNew South WalesArgent Street, Broken Hill's main ...

 

Indian entertainment company (founded 1995) Madras TalkiesCompany typePrivateIndustryEntertainmentFounded1995 in Chennai, Tamil NaduFoundersMani RatnamG. SrinivasanHeadquartersChennai, IndiaKey peopleMani RatnamSuhasiniProductsFilmsOwnerMani RatnamWebsitemadrastalkies.com Madras Talkies is an Indian entertainment company, which was established by director Mani Ratnam and his brother G. Srinivasan as partners in 1995. Madras Talkies has actively involved in production of films and television s...

2009 California Supreme Court case Strauss v. HortonSupreme Court of CaliforniaArgued March 5, 2009Decided May 26, 2009Full case nameKaren L. Strauss et al., Petitioners, v. Mark B. Horton et al.Citation(s)46 Cal.4th 36493 Cal.Rptr.3d 591207 P.3d 48HoldingThe Amendment to the State Constitution referred to as Proposition 8 is valid and enforceable from the moment it was passed. It cannot be applied to retroactively annul marriages that were transacted while the practice was legal in the State...

 

George CavendishBorn1497Died1562OccupationWriterNotable worksbiography of Cardinal Thomas Wolsey George Cavendish (1497 – c. 1562) was an English writer, best known as the biographer of Cardinal Thomas Wolsey.[1] His Thomas Wolsey, Late Cardinall, his Lyffe and Deathe is described by the Oxford Dictionary of National Biography as the most important single contemporary source for Wolsey's life which also offers a detailed picture of early sixteenth-century court life and of po...

 

Penggambaran murmillo (kiri) yang bertarung melawan thraex (kanan) pada mosaik Zliten, sek 200 M. Seorang murmillo yang menang pada lukisan tahun 1872 yang berjudul 'Pollice Verso oleh Jean-Léon Gérôme. Murmillo (kadang-kadang dieja mirmillo atau myrmillo) adalah jenis gladiator selama masa Imperial Romawi. Gladiator kelas murmillo diadopsi pada awal periode imperial untuk menggantikan Gallus yang lebih awal, yang dinamai sesuai tentara Galia. Karena orang Galia yang menghuni Italia telah ...

Pangeran Archie dari SussexKelahiran6 Mei 2019 (umur 5)The Portland Hospital, London, Britania RayaNama lengkapArchie Harrison Mountbatten-WindsorAyahPangeran Harry, Adipati SussexIbuMeghan Markle Keluarga Kerajaan Britania Raya dan Wilayah Persemakmuran lainnya Baginda Sang RajaBaginda Sang Permaisuri Paduka Sang Pangeran WalesPaduka Sang Putri Wales Paduka Pangeran George dari Wales Paduka Putri Charlotte dari Wales Paduka Pangeran Louis dari Wales Paduka Sang Adipati SussexPaduka Sang...

 

Caselle LuraniKomuneComune di Caselle LuraniNegaraItaliaWilayahLombardyProvinsiProvinsi Lodi (LO)FrazioniCalvenzano, Cusanina..Luas • Total7,6 km2 (29 sq mi)Populasi (Dec. 2004) • Total2.627 • Kepadatan35/km2 (90/sq mi)Zona waktuUTC+1 (CET) • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)Kode pos26853Kode area telepon0371 Caselle Lurani adalah komune yang terletak di distrik Provinsi Lodi, Italia. Kota Caselle Lurani memiliki luas sebesa...

 

Мі-8 Мі-8МСБ-В ВМС ЗСУТип Багатоцільовий вертолітРозробник Московський вертолітний завод імені М. Л. МіляВиробник Казанський вертолітний заводУлан-Удинський вертолітний заводГоловний конструктор Міль Михайло ЛеонтійовичПерший політ 9 липня 1961Початок експлуатації 1965С�...

Iranian Political Activist Sepideh QolianIn December 2019Born (1994-09-23) September 23, 1994 (age 29)Dezful, Khuzestan Province, IranNationalityIranianOccupation(s)Women's Rights activist Political activistWriterArtistKnown for2018–2019 Iranian general strikes and protestsNotable workPang Documentary[1] Sepideh Qolian (Persian: سپیده قلیان, born September 23, 1994 in Dezful), is an Iranian leftist political activist, rusticated veterinary student and journalist ...

 

Diving work associated with the recovery of vehicles, cargo and structures US Navy diver dredging an excavation site during an underwater recovery operation, searching for personnel who went missing during WWII off the coast of Koror Salvage diving is the diving work associated with the recovery of all or part of ships, their cargoes, aircraft, and other vehicles and structures which have sunk or fallen into water. In the case of ships it may also refer to repair work done to make an abandone...