UstazAzmil Mustapha Kamil (1 Januari 1953 – 14 Februari 2018) ialah seorang bekas pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipanpecahpanggungiaitu filemMekanik (1983) yang turut dibintangi legenda bola sepak tanah air iaitu Dato'Mokhtar Dahari sebagai pelakon undangan. Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau ialahAli Setan (1985),Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Ogy Ahmad Daud. Selain itu, antara filem yang turut mendapat sambutan adalah sepertiDriving School (1990), Fifty/Fifty (1992) dan Iman Alone (1998).
Latar belakang
Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat. Beliau menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang filem, radio dan televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.
Sekembalinya dari Amerika Syarikat, nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi. Azmil menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar. Azmil menimba pengalaman di syarikat itu selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa.
Azmil juga pernah merakamkan sebuah album, Pilihan Ku. Album yang lahir pada tahun 1983 itu membawa genre jazz serta r&b, yang agak jarang dikaitkan dengan pemuzik dan penyanyi Melayu. Ia antara album genre jazz yang pertama di Malaysia. Sekalipun tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, dua lagu daripada album tersebut - "Pilihan Ku" dan "Jai" - mendapat tempat di hati peminat dan sering kedengaran di corong radio ketika itu.
"Pilihan Ku" menjadi runut bunyi kepada filem Mekanik lakonan beliau dan juga pernah muncul dalam siri drama swasta PJ, ketika Azmil melakonkan watak seorang penyanyi dalam satu episod. Dalam satu temu bual, Azmil pernah menjelaskan tajuk lagu "Jai" merupakan olahan daripada nama isteri pertamanya, yang dipanggil Aji.
Keluarga
Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1990-an. Namun, beliau tidak pernah sesal dengan keputusan yang diambil. Kemudian, beliau menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama. Sebelum ini, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga, namun kedua-duanya tidak kekal lama. Melalui perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Shamira,[1] seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala dengan isteri kedua pula, beliau dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman.[1] Perubahan yang berlaku dalam hidup ayah tunggal kepada lima orang anak dan datuk kepada seorang cucu, Alexandria Carina itu disifatkan sebagai satu nikmat yang terlalu indah buatnya.
Sahabat seni seangkatan
Dalam kerjaya lakonan Azmil, terdapat rakan artis yang turut sama meningkat naik menerusi filem-filem lakonan beliau. Filem Ali Setan turut juga memperkenalkan pelakon-pelakon pembantu yang cukup hebat dalam menjadikan jalan cerita filem itu hidup dengan kelebihan watak masing-masing. Antaranya ialah Allahyarham Izi Yahya (Jeff), Liza Abdullah (Aini), Ebby Saiful (Latiff), Dato' Sri Shah Rezza (Jali) dan Sheila Majid (Tipah).
Pada 14 Februari 2018, Azmil telah meninggal dunia di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.[1] Beliau meninggal dunia ketika tidur pada pukul kira-kira 12:40 tengah hari waktu tempatan. Semasa hidupnya, beliau menghidap komplikasi jantung, dan pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada November 2017 kerana kesukaran untuk bernafas.[2] Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Asar lalu dibawakan ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 untuk dikebumikan.[3] Majlis pengebumian selesai pada sekitar pukul 6:20 petang.[4]