Yang HormatDato’ SriSidi Oraza (lahir SyedOsman binSyedRastan; 31 Oktober 1965) merupakan seorang pelakon dan usahawan lelaki Malaysia yang mencipta nama pada era 1980-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.[1]
Kerjaya
Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan.[2] Kini beliau membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.[3]