Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filemMalaysia. Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.[1]
Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ia merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ia setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.[2]
Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air.
Sejarah
Berikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, satu usaha dilakukan oleh sasuatu pihak untuk mengiktiraf hasil kerja filem anak tempatan. Walaupun kutipan filem tidak beberapa baik, namun usaha oleh yang dilakukan oleh pihak Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) berhasil dengan terlaksanalah sebuah majlis yang gilang gemilang dalam menghargai karya tempatan, maka Festival Filem Malaysia Pertama diadakan. Tidak seperti negara Amerika Syarikat yang mempunyai satu badan yang menilai, mengkaji dan menganjurkan majlis pertandingan dan penganugerahan filem, sebaliknya FFM bergerak atas tanggungjawab badan-badan karyawan untuk menganjurkan majlis ini.[3]
Untuk melaksanakan majlis perfileman, mereka merujuk kepada video majlis Festival Filem Cannes kepunyaan seorang kenamaan. Berdasarkan video tersebut, mereka menjalankan majlis tersebut. Selama dua majlis dianjurkan oleh EJA. Selepas FFM, tanggungjawab itu diserahkan oleh oleh FINAS. Pada Festival Filem Malaysia ke-19, tanggungjawab diserahkan kepada PFM bersama GAFIM. Dan pada majlis seterusnya diambil alih oleh FINAS semula. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, GAFIM sekali lagi mengambil semula tanggungjawab sepenuhnya penganjuran majlis. Namun, akibat beberapa kontroversi yang berlaku seperti kemenangan Presiden GAFIM untuk Pengarah Harapan dan filem Libas arahan presiden GAFIM, Jureyy Latiff memenangi Cerita Asal Terbaik, GAFIM masih menimbangkan untuk menjadi penganjur.[4]
Piala
Piala FFM sering berubah. Kini mereka menggunakan piala yang disaluti plat emas sejak tahun 2015.
Pencalonan
Pencalonan dilakukan berdasarkan borang penyertaan yang diserahkan kepada penganjur mengikut tarikh yang ditetapkan. Filem tersebut mestilah filem yang bakal ditayangkan tidak melebihi dua minggu selepas tarikh acara berlangsung. Pengumuman calon dibuat beberapa minggu sebelum majlis penganugerahan. Berbeza dari negara luar, festival seperti ini sering melakukan kejutan, seperti FFM 23 dan FFM 24 dimana kategori utama (Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik) hanya diumumkan calon-calonya pada waktu majlis berlangsung.
Anugerah yang dipertandingkan
Antara anugerah yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia:
^"About FFM". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-10. Dicapai pada 12 August 2011.
^"Festival Filem Malaysia Kini Membanggakan". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, I-Insan Multimedia SDN BHD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-22. Dicapai pada 19 January 2011.