Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[5] manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.
Gambaran keseluruhan
Pengumuman rasmi FFM30 diadakan pada Julai 2018, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bakal memberi kelainan kepada penganjuran FFM30 dengan membuka penyertaan daripada filem antarabangsa terutama negara Asia.[6]
Pada 7 September 2018, tarikh penganjuran yang ditetapkan untuk festival ini diadakan ialah pada 8 Disember 2018 selepas beberapa kali ditunda akibat masalah teknikal.[7] FFM30 pada asalnya dijadualkan untuk penganjurannya pada September, namun ditunda ke Disember akibat peralihan kerajaan sebelum memilih tarikh penganjuran 30 Mac 2019.[8]
Menurut Pengarah festival Abdul Khalid Moulod dalam satu sidang akhbar pada 12 Mac 2019, sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang dipertandingkan dalam FFM-30 yang dijadual berlangsung pada 30 Mac. "Daripada 42 filem itu, 25 dalam bahasa Melayu, 10 bahasa Cina termasuk dua Kantonis dan tujuh bahasa Tamil,"[9] Tarikh tutup bagi penyertaan filem yang dipertandingkan ialah pada 31 Disember 2018, pengumuman Top 5 untuk semua 24 kategori termasuk kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik diumumkan pada 7 Januari 2019.[10]
"Azura" "Kekasih Awal & Akhir" "Ghazal Untuk Rabiah"
Kontroversi
Beberapa jam sebelum FFM30 berlangsung, pelakon Sharifah Amani, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 dikatakan enggan hadir ke FFM30. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diambilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".[13][14]
Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan penampilan beliau dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi di FFM30, ialah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur. Mereka berdua tampil sebagai trofi bagi kategori Anugerah Khas Juri dan masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.[15]
Catatan
^Kelainan ditonjolkan ketika menyampaikan pencalonan untuk kategori Lagu Tema Terbaik. Calon-calon tidak ditunjukkan dalam VT atau dibacakan, sebaliknya dipersembahkan dalam nyanyian oleh Zizi Kirana, Billy Zulkarnain dan Nicole Lai.[11]