Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai KLCC. Direka sebagai "bandar dalam bandar" tapak seluas 40 hektar (100-ekar) termasuk taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas bagi memberikan alamat ternama kepada Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.[1]
Taman bawah air Aquaria KLCC berkeluasan 60,000 kaki persegi (5,600 m2) terletak di bawah pusat konvensyen.