Menara ExxonMobil ialah sebuah pencakar langit yang terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Kini, bangunan ini dijadikan ibu pejabat syarikat ExxonMobil Malaysia.
Menara 30 tingkat yang 126 m (413 ka) tingginya ini berbentuk segiempat tepat, dengan ruang dalam yang seakan-akan tanpa turus. Untuk mengindahkan bangunan ini, aras tinggi utara dan selatan sampai tingkat lima, manakala aras tinggi utara yang menghadap taman awam mencapai aras 25 dan 26.
Pelanskapan lembut di Menara ExxonMobil juga merangkumi taman kecil separa persendirian yang menghubungkan menara ke arah Taman KLCC.
Rujukan
|
---|
Menara Berkembar Petronas | |
---|
Kawasan Sekeliling | |
---|
Utiliti | |
---|