Selubung |
---|
Pengarah | Shuhaimi Baba |
---|
Penulis |
- Nora Ariffin
- Shuhaimi Baba
|
---|
Lakon layar | Shuhaimi Baba |
---|
Dihasilkan oleh | Abdullah Omar |
---|
Dibintangi | |
---|
Sinematografi | Jamal Maarif |
---|
Disunting oleh | |
---|
Muzik oleh | M. Nasir |
---|
Syarikat penerbitan | |
---|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
---|
Tarikh tayangan |
- 29 Oktober 1992 (1992-10-29) (Malaysia)
|
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Selubung merupakan sebuah filem romantik ngeri Malaysia 1992 arahan Shuhaimi Baba. Filem ini mengisahkan Mastura (Deanna Yusoff), seorang graduan yang menjadi sukarelawan untuk membantu orang di Palestin.[2] Filem ini dihasilkan dalam bentuk filem warna. Filem ini mula ditayangkan pada 29 Oktober 1992 di pawagam seluruh negara. Filem ini mengaut banyak kemenangan dalam Festival Filem Malaysia ke-10 seperti Filem Terbaik (dikongsi dengan Bintang Malam) dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Deanna Yusoff.
Plot
Mastura, E.J, Halim, Zakariah dan Wn Ng merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Perth, Australia. E.J terpikat dengan Brother Musa, seorang pendakwah dengan fahaman Islam yang agak sempit. E.J mengambil keputusan untuk berhenti belajar agar dapat menjadi isteri kedua Musa. Ini tidak menyenangkan rakan-rakannya yang cuba untuk menasihatinya. Halim dan Wn Ng juga mengambil keputusan besar untuk membuat kerja sukarelawan di Palestine. Setelah lulus, Mas menziarahi E.J yang sudah melahirkan anak tetapi hanya menjumpai Hani, isteri Musa pertama. Hani telah menjadi tidak siuman dan telah bertindak membunuh bayi E.J ketika dia tiada. E.J. menyalahkan Mas atas kejadian tersebut dan hubungan mereka menjadi renggang.
Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Mas bekerja sebagai seorang jurutera untuk syarikat antarabangsa TCT. Dia juga menjadi sukarelawan untuk badan bukan kerajaan bernama Rescue Aid. Mereka dipimpin oleh Dr.Sardar, seorang pelarian Jordan dan bekerja untuk menyalurkan bantuan ke Palestine. Mastura berjaya mendapatkan dana oleh TCT untuk Rescue Aid. Pada masa yang sama, dia jatuh hati dengan Kamal, Pengarah Urusan syarikat tersebut. Kamal yang memujuk Mastura untuk bertemu dengan E.J apabila dia pulang ke tanah air kerana Musa telah pergi membantu orang di Palestin. Namun, hubungan mereka menemui halangan apabila Kamal rupanya sudah beristeri.
Kamal berjaya mendapatkan semula Mas dengan cara menggunakan pembesar suara di atas lori. Dia juga memberitahu Mas bahawa dia sudah bercerai lalu masuk meminang dengan cara bertemu bapa Mas di Marang, Terengganu. Halim dan Wn Ng terkorban di Palestine, menyebabkan Mas mengaturkan konsert amal untuk mengumpulkan wang agar dapat membiayai usaha Rescue Aid. E.J juga kini bekerja dengan mereka. Pejabat Rescue Aid di Kuala Lumpur juga berjaga-jaga selepas menerima berita bahawa pejabat mereka di London telah dibom oleh pihak yang menentang organisasi tersebut. Namun begitu, pejabat KL jatuh ke nasib yang sama dan menyebabkan Mas cedera parah.
Konsert amal yang diaturkan berjalan dengan lancar. Sahabat dan keluarga Mas mengadakan sesi tahlil untuk mendoakan kesihatan Mas. Kamal masuk ke bilik sakit Mas dan mendapati bahawa terdapat banyak rama-rama. Dia memegang tangan Mas dan menyaut namanya, menyebabkan dia tersedar. Mereka bersama pekerja Rescue Aid yang lain dilihat sedang memuatkan banyak kotak ke dalam helikopter sebelum filem berakhir.
Pelakon
Pelakon utama
- Deanna Yusof sebagai Mastura asal dari Terengganu, graduan kejuruteraan di Perth kemudian bekerja syarikat milik Kamal dan sukarelawan NGO Dr Sadar.
- M. Nasir sebagai Kamal, pengarah urusan TCT dan seorang duda namun beliau mencintai Mastura.
- Ida Nerina sebagai E.J, kawan kepada Mastura, Halim dan Win Ng yang tepengaruh dengan Brother Musa
- Jit Murad sebagai Halim, kawan Mastura dan EJ yang berkhidmat sukarelawan di Lubnan. Namun beliau terbunuh semasa merawat pesakit
- Harith Iskander sebagai Brother Musa
Pelakon pembantu
- Mahmud Jun sebagai Atok Mastura
- Hattan sebagai Pintu, seorang penyanyi yang meminati kumpulan The Doors dan abang kepada Lin
- Sulina Kamarul sebagai Lin, Adik Pintu dan kawan sepengajian di Perth
- Zahim Albakri sebagai Vincent, Petugas NGO Dr Sadar
- Liza Othman sebagai Doktor Sardar, seorang pelarian Palestin-Jordan yang mengendalikan NGO Rescaid
- Shazleen Shahbi sebagai Hani
- Yasmin Yusoff sebagai pensyarah di Perth
- Amina J. Mokhtar
- Radhi Khalid sebagai Pembantu Halim
Pelakon tambahan
Pelakon kanak-kanak
- Sharifah Amani sebagai kanak-kanak Palestin
- Mohd Najib Mahmud sebagai kanak-kanak palestin
Anugerah dan pencalonan
Anugerah
|
Kategori
|
Penerima
|
Keputusan
|
Festival Filem Malaysia ke-10
|
Filem Terbaik
|
Selubung
|
Menang
|
Pelakon Wanita Terbaik
|
Deanna Yusoff
|
Menang
|
Cerita Asal Terbaik
|
Nora Ariffin Fleming
|
Menang
|
Penata Seni Terbaik
|
Zuraini Anuar
|
Menang
|
Penata Bunyi Terbaik
|
Peter Lim
|
Menang
|
Lagu Terbaik
|
M. Nasir
|
Menang
|
Poster Terbaik
|
Selubung
|
Menang
|
Trivia
Pada tahun 1991, Deanna Yusoff telah terpilih untuk menggantikan Julia Rais untuk melakonkan watak utama dalam filem ini di samping M. Nasir.
Rujukan
Pautan luar