Fenomena ini muncul dalam tahun awal 1960-an hasil penayangan filem PerancisCherchez l'idole di Jepun pada tahun 1964, di mana para penonton begitu tertarik dengan penampilan muda comel Sylvie Vartan dan Mylène Demongeot, Kemasyhuran filem ini turut menggalakkan penggunaan meluas istilah aidoru untuk pelakon filem dan artis yang dibezakan daripada orang biasa melalui mej idola berdasarkan rasa keindahan khas Jepun yang diungkapkan dalam penampilan keanak-anakan, kecomelan, perasaan keakraban, serta mudah dijumpai sehari-harian.[8][4][1][6][7][9]
Idola dekad 1990-an tidak lagi terbatas pada penyanyi, justeru meluas kepada idola iklan televisyen, idola model majalah, idola bikini, dan sebagainya.
Kehidupan di sekolah dan aktiviti kokurikulum merupakan tema Sakura Gakuen. Anggotanya mengikuti aktiviti kokurikulum seperti unit baton twirling (Twinklestars) dan unit heavy metal (Babymetal).[10]