NMB48 ialah kumpulan idola Jepun yang berpusat di Osaka. Ia merupakan kumpulan kembar AKB48 selepas SKE48 dan sebelum HKT48.
Umum
Asal usul nama
Nama NMB48 diambil daripada sebuah kawasan di Osaka yang terletak di antara Wad Chūō (中央区code: ja is deprecated , Chūō-ku) dan Wad Naniwa (浪速区code: ja is deprecated , naniwa-ku) yang bernama Namba. NMB ialah singkatan daripada "NaMBa".
Logo NMB48
Berlainan dengan kumpulan di bawah AKB48 yang lain, NMB48 menggunakan corak harimau bintang. Corak ini merupakan satu identiti Osaka yang mana kebanyakan wanita-wanita Osaka yang agak berumur suka memakai baju yang mempunyai corak harimau.
NMB48 Theater
NMB48 mempunyai teater mereka sendiri yang terletak di Namba, Osaka. Di sini, mereka melakukan persembahan hampir setiap hari. Berdekatan dengan teater inilah terletaknya NMB48 Official Shop yang menjual barang-barang NMB48 dan juga AKB48 Cafe & Shop. Berhadapan dengan NMB48 teater, terdapat teater yang dimiliki oleh Yoshimoto Creative Agency yang merupakan teater bagi pelawak yang berada di bawah naungannya melakukan persembahan mereka. Seperti Yoshimoto R and C, Yoshimoto Creative Agency juga ialah anak syarikat Yoshimoto Kogyo Co., Ltd. Lantaran ini, NMB48 juga kadangkala menyertai persembahan komedi di teater ini.
Semasa pembukaan teater ini, ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Tidak seperti kumpulan-kumpulan di bawah AKB48, teater NMB48 ialah satu-satunya teater yang dibina khas untuk NMB48 sahaja. AKB48 terpaksa berkongsi dengan SDN48 (sehingga Mac 2012), manakala SKE48 terpaksa berkongsi dengan persembahan komedi yang dibuat di teater yang sama (sehingga Ogos 2012).
Nama teater bagi NMB48 ialah NMB48 Theater, manakala bagi AKB48 pula, namanya ialah Akihabara48 Theater.
Maklumat tambahan
Kapten NMB48 ialah Yamamoto Sayaka, manakala penolongnya ialah Yamada Nana[1]
Sebagai identiti Osaka, NMB48 banyak membuat perkara-perkara yang melucukan semasa persembahan dan juga penampilan di rancangan TV dan radio.
Sebagai kumpulan AKB48, ahli NMB48 juga dianggap sebagai ahli AKB48. Ahli NMB48 juga boleh dipilih untuk menyertai persembahan dan single AKB48.
Di samping dapat bersalaman dengan ahli NMB48, pengunjung teater akan diurut bahunya oleh salah seorang ahli NMB48 selepas berakhir persembahan pentas.
Sejarah
Uji bakat pertama untuk NMB48 diadakan pada bulan September 2010 dengan 26 orang lulus. Kumpulan ini muncul pertama kali pada 9 Oktober. Pada 5 November Yamauchi Ayaka meninggalkan kumpulan atas alasan kesihatan.
4 Disember 2010: diumumkan bahawa kumpulan itu akan mula membuat persembahan setiap hari di NMB48 Theater yang terletak di Namba pada 1 Januari 2011. Persembahan ke-3 AKB48 Team A, 'Dareka no Tame ni' (Demi Seseorang) digunakan bagi persembahan pentas pertama mereka. Seramai 16 orang yang terpilih dibenarkan untuk berdiri di pentas dan Yamamoto Sayaka dilantik sebagai kapten.
31 Disember 2010: kumpulan ini membuat persembahan sebagai ahli AKB48 buat pertama kalinya di Kōhaku Uta Gassen NHK yg ke-61.
10 Mac 2010: Team N dibentuk.
12 Mac 2011: NMB48 Theater ditutup akibat gempa atas sebab keselamatan. [2] Semua aktiviti dihentikan serta-merta. Pada 17 Mac, diumumkan bahawa persembahan di NMB48 Theater akan dimulakan kembali pada 21 Mac.[3]
20 Julai 2011: Single pertama 'Zetsumetsu Kurokami Shoujo' dikeluarkan. Single ini berjaya mendapat kedudukan teratas carta mingguan Oricon.
13 Ogos 2011: Persembahan pentas ahli generasi kedua bermula.
26 Oktober 2011: Single kedua, 'Oh My god!' dikeluarkan. Single ini juga berjaya mendapat kedudukan teratas carta mingguan Oricon.
26 Januari 2012: Team M dibentuk. Dianggotai oleh 5 orang daripada kenkyusei generasi pertama dan 11 orang daripada generasi kedua.
8 Februari 2012: Single ketiga Junjou Under-19 dikeluarkan. Mendapat tempat teratas carta mingguan Oricon dengan jualan melebihi 20 ribu keping.
24 Mac 2012: Semasa konsert di Saitama, Watanabe Miyuki (Team N) diumumkan sebagai ahli AKB48 Team B untuk jangka masa terhad.
24 Ogos 2012: AKB48 mengalami rombakan besar semasa konsert di Tokyo. Dalam rombakan ini, Kotani Riho (Team N) diumumkan akan menyertai AKB48 Team A yang baru. Yokoyama Yui (AKB48 Team K (lama)) pula diumumkan akan menyertai NMB48. Walau bagaimanapun, kedudukan Yokoyama Yui sebagai ahli Team yang mana masih belum ditentukan lagi.
9 Oktober 2012: Team M memulakan persembahan mereka.
10 Oktober 2012: 16 orang daripada generasi ketiga dimasukkan ke dalam Team BⅡ. Persembahan mereka juga jatuh pada hari ini.
19 Disember 2012: Yokoyama Yui diserapkan ke dalam Team N setelah hampir empat bulan tidak diletakkan di mana-mana Team.
18 Apri 2013: Yamada Nana telah dipindahkan daripada Team N ke Team M, dan pelajar kenkyuusei, Koga Naruma dan Nishimura Aika, telah dinaikkan pangkat kepada Team N.
24 April 2013: Pada Konsert Kumpulan AKB48 di Nippon Budokan, telah diumumkan bahawa kedudukan serentak Yokoyama Yui dalam kumpulan (Team A / Team N) telah berakhir, dan anggota AKB48 Ichikawa Miori akan justeru menyertai Team N menjadi anggota Team B AKB48.
12 - 13 Oktober 2013: Kumpulan NMB48 telah mengadakan "NMB48 3rd Anniversary Special Live". Sambutan ulang tahun ke-3 kumpulan tersebut telah bersiaran di TV Asahi pada 18 Oktober 2013.
NMB48 2nd Generation's Stage "PARTY ga Hajimaru yo" Final Day -2012.5.2-
25.09.2012
NMB48 Team N 2nd Stage "Seishun GIRLS"
Pertunjukan Pentas
Senarai pertunjukan pentas di NMB48 Theater.
Persembahan yang sedang dijalankan ditandakan tebal.
Team N
• 1st Stage
[01.01.2011-16.05.2011]
Team A 3rd Stage
-
Dareka no Tame ni
• 2nd Stage
[19.05.2011-20.09.2012]
Team K 2nd Stage
-
Seishun Girls
• Revival Stage
[12.10.2012-]
Team A 3rd Stage
-
Dareka no Tame ni
(Nota:Sepatutnya Team N akan membuat persembahan yang akan diisi oleh lagu mereka sendiri dan akan bermula pada 12 Mei 2012[6], tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan[7][8][9][10][11])
Team M
• 1st Stage
[05.05.2012-]
Team B 4th Stage
-
IDOL no yoake
Team BⅡ
• 1st Stage
[10.10.2012-]
Team A 2nd Stage
-
Aitakatta
Kenkyūsei
• Generasi pertama
[01.01.2011-03.04.2011]
Team A 3rd Stage
-
Dareka no Tame ni
(Menjadi Team N 1st Stage)
• Generasi Kedua
[13.08.2011-02.05.2012]
Team A 1st Stage
-
PARTY ga Hajimaru yo
(Selepas pembentukan Team N, Ahli Utama ada menyertai persembahan kenkyūsei)
• Generasi Ketiga
[29.04.2012-06.10.2012]
Team A 2nd Stage
-
Aitakatta
(Menjadi Team BⅡ 1st Stage)
Kemunculan
Rancangan Televisyen
Sedang Disiar
AKBINGO! [02.02.2011 - ] (Nippon TV)
Shibuya Deep A [03.02.2011- ](NHK)
Ohayou Asahi desu [22.03.2011- ](muncul hari selasa sahaja, ABC)
AKB to chome chome! (AKBとXX!)[21.04.2011](Yomiuri TV)