Pada awalnya, berbagai perusahaan yang bersaing telah mengoperasikan berbagai sistem transit dan telah mengembangkan sistem kereta api dan bas secara terpisah dan pada waktu berbeza. Akibatnya, banyak laluan kereta api ini tidak berpadu dengan baik dengan yang lain, membuatkan perpindahan dari sistem ke sistem tidak nyaman untuk penumpang. Ditambah lagi dengan rangkaian laluan pejalan kaki Kuala Lumpur yang teruk, pergerakan dari satu sistem rel ke sistem lain selalunya perlu banyak berjalan, menaiki tangga, dan menggunakan eskalator.
Tiket bersepadu untuk semua sistem berdasarkan kereta api, dipanggil kad Touch 'n Go, membolehkan penumpang berpindah dengan lancar melalui semua stesen dan laluan di kawasan Lembah Klang.
Status laluan-laluan Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang
Peta sebenar Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang
Laluan kereta api di Lembah Klang
Infrastruktur
Stesen pertukaran integrasi
Stesen pertukaran bukan integrasi
Dihubungkan dengan Lapangan Terbang
Dihubungkan dengan Stesen Keretapi Antarabandar
Dihubungkan dengan Terminal Bas Antarabandar
ditandakan dalam keadaan Condong - Dalam pembinaan
Stesen ditandakan dalam keadaan Condong - Stesen provisional/akan datang
Keretapi Komuter
KTM Komuter mempunyai dua di Lembah Klang, iaitu 1Laluan Seremban dan 2Laluan Pelabuhan Klang.[2] Berbanding Ampang dan Sri Petaling, kedua-dua ini bermula dari tempat berbeza, tetapi akan dihubungkan dari KA04 Putra ke KA01 KL Sentral, menjadikannya stesen pertukaran. Kedua-dua ini berpisah semula selepas melalui stesen KL Sentral, dimana Seremban menghala ke KA13 Seremban (dan stesen akhirnya, KB17 Pulau Sebang/Tampin) dan Pelabuhan Klang menghala ke stesen akhirnya, KB19 Stesen Komuter Pelabuhan Klang. (Rujukan kod stesen: K-Komuter, A-Bahagian Tanjung Malim, B-Bahagian Seremban, C-Bahagian Batu Caves, D-Bahagian Pelabuhan Klang)
Ampang dan Sri Petaling dihubungkan daripada stesen terakhir mereka, AG01 SP01 Sentul Timur sehingga AG11 SP11 Chan Sow Lin menyebabkan semua stesen diantara kedua-dua stesen ini adalah stesen pertukaran bagi kedua-dua Ampang dan Sri Petaling. Selepas stesen Chan Sow Lin, - ini berpisah ke stesen terakhir selatan mereka sendiri, AG18 Ampang bagi Ampang dan SP31 KJ37 Putra Heights bagi Sri Petaling. Stesen Putra Heights juga merupakan stesen terakhir selatan bagi Kelana Jaya yang bermula dari KJ01 Gombak. Oleh itu, stesen Putra Heights merupakan stesen pertukaran diantara Sri Petaling dan Kelana Jaya. Selain dari Putra Heights, AG07 SP07 KJ13 Masjid Jamek juga merupakan stesen pertukaran diantara Ampang/Sri Petaling dan Kelana Jaya.
B1BRT Laluan Sunway adalah transit aliran bas di Bandar Sunway, Selangor. BRT Sunway adalah projek kerjasama awam-swasta (PPP) diantara Prasarana Malaysia and Kumpulan Sunway untuk menyediakan kemudahan pengangkutan utama bagi penduduk Bandar Sunway dan USJ.[5] BRT kedua yang dikenali sebagai B2Laluan 22 telah dicadangkan tetapi dibatalkan oleh kerajaan kerana projek BRT Persekutuan akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan di kawasan sama dengan LRT 3, iaitu LRT Shah Alam.[6]
ini adalah salah satu komponen bagi Sistem Transit Lembah Klang. ini bermula dari SB01 Sunway-Setia Jaya yang terletak berhampiran KD08 Setia Jaya dan berakhir di stesen KJ31 SB07 USJ 7 yang juga merupakan stesen bagi 5Kelana Jaya
KLIA Ekspres menghubungkan penumpang secara terus dari KE01 KT01 KL Sentral ke KE02 KT05 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), oleh itu ia dipanggil sebagai "express".
Penumpang yang ingin ke Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya, dan Salak Tinggi perlu mengambil KLIA Transit sebelum tiba di KLIA, oleh itu ia dipanggil sebagai “transit”.
8 KL Monorail terletak sepenuhnya di Bandaraya Kuala Lumpur.
ini bermula dari MR01 KL Sentral dan berakhir di stesen MR11 AG03 SP03 PY17 Titiwangsa yang juga merupakan stesen bagi 34Ampang/Sri Petaling dan 12Putrajaya. Stesen MR01 KL Sentral sebenarnya terletak di Jalan Tun Sambanthan, tidak menggunakan bagunan hab KL Sentral sebagai stesen KL Sentral seperti - lain. Bagi penumpang yang ingin menukar dari/ke stesen monorel KL Sentral, mereka perlu menggunakan jejambat pejalan kaki yang melalui pusat membeli-belah Nu Sentral.[9]
Laluan Kajang KGL asalnya bermula dari SBK01 / PY04 Sungai Buloh dan berakhir di KG35 Kajang. Apabila Laluan Putrajaya PYL memulakan operasinya pada 16 Jun 2022, Laluan Kajang bermula dari KG04 Kwasa Damansara dimana PYL akan mengambil alih stesen PY04 Sungai Buloh dan PY03 Kampung Selamat daripada KGL . PY01 Kwasa Damansara akan menjadi stesen terakhir bagi PYL dan berakhir di PY41 Putrajaya Sentral bersebelahan KT03 Putrajaya/CyberjayaKLIA Transit. Oleh itu, stesen Kwasa Damansara merupakan stesen pertukaran diantara kedua-dua laluan MRT; KGL dan PYL . Selain dari Kwasa Damansara, KG20 PY23 Tun Razak Exchange juga merupakan stesen pertukaran diantara Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya.
Peta Rasmi Transit Lembah Klang boleh dijumpai di laman web rasmi Prasarana Malaysia, dimana Prasarana Malaysia merupakan pemilik dan pengendali LRT, Monorel KL and BRT di Lembah Klang, dibawah nama RapidKL. Mereka juga pengendali bagi MRT Sungai Buloh-Kajang. Peta transit ini mengandui pelbagai transit di Lembah Kalng dan ia menunjukkan hubungan diantara - berbeza melalui stesen pertukaran dan stesen hubungan. Tetapi, peta transit ini tidak mengandui 11Laluan Shah Alam dan 12Laluan Putrajaya.
^ abcdefghStesen KL Sentral KL Monorail terletak di seberang Jalan Tun Sambanthan yang sibuk, dan stesen ini dihubungkan melalui jejambat yang menghubungkan stesen itu dengan pusat membeli-belah yang baharu, Nu Sentral dan laluan lain di hab utama KL Sentral.