Stesen MRT Cochrane

Cochrane Rapid KL
كوكرين
LokasiStesen Cochrane, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028Koordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T352, T400, T401, 420
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KG21 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Cochrane ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Jalan Cochrane yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1]

Ciri-ciri Stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur di sebelah barat laut persimpangan Jalan Cochrane dan Jalan Shelley. Stesen ini disambungkan dengan dua pusat membeli-belah iaitu pusat membeli-belah MyTown (yang juga menempatkan IKEA Cheras) terletak kira-kira 100m utara stesen dan Sunway Velocity Mall terletak kira-kira 500m selatan stesen. Selain itu, mercu tanda lain sekitar stesen adalah ibu pejabat St. John Ambulans Malaysia, PPR Laksamana, SK Convent Jalan Peel (M), SMK Cochrane, SK Cochrane Perkasa dan Gereja Katolik The Sacred Heart of Jesus (1960).

Pelan stesen

G Aras tanah Pintu masuk/keluar, laluan pejalan kaki ke pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar atas Sambungan aras legar bawah dengan pintu A, pintu B, dan laluan pejalan kaki ke pusat membeli-belah MyTown Akses OKU
B2 Aras legar bawah Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
B3
Platform
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Aeon-Maluri)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Tun Razak Exchange)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan empat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2]

Reka Bentuk Dalaman

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bangunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Muzium Negara telah diberi tema "Kehidupan Bandar".[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T352, T400, T401 dan 420 berkhidmat di stesen ini.

Galeri

Stesen

Pintu stesen

Sambungan MyTown

Sambungan Sunway Velocity

Rujukan

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ "Cochrane — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
  4. ^ "Innovative designs for transit furniture" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 1 Mei 2016. Dicapai pada 27 Mei 2019.