Stesen LRT Glenmarie (atau Stesen LRT CGC-Glenmarie atas sebab penajaan)[1] adalah stesen LRT di Kelana Jaya, Selangor. Bagunan stesen LRT Laluan Kelana Jaya dibuka dan mula berkhidmat 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran Laluan Kelana Jaya ke Putra Heights, Selangor.[2] Bangunan stesen LRT Laluan Bandar Utama-Klang dijangka dibuka pada Februari 2024 yang kini masih dalam pembinaan.[3]
Setiap laluan yang berkhidmat di stesen ini mempunyai bagunan stesen sendiri yang akan disambungkan melalui laluan pejalan kaki berbayar. Pada tahun 2024, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi Laluan Bandar Utama-Klang dan Laluan Kelana Jaya.[4]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Bagunan stesen LRT terletak di atas Jalan Lapangan Terbang Subang, Kelana Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 1km daripada Persimpangan Subang Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraLebuhraya NKVE. Terletak berhampiran stesen ini adalah Wisma Amfirst, Plaza Glomac, Kelana Business Center, Accentra Glenmarie, bagunan CGC Malaysia, Lincoln University College dan Stadium MBPJ.
Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki merentasi Jalan Lapangan Terbang Subang
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, tempat letak kereta, Kelana Business Center, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 569 petak parkir kereta[5] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[6]