Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Metro Prima" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S05.[2][3]
Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Metro Prima akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke Stesen MRT Kampung Batu.[4] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[5] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[6]
Stesen ini terletak di utara Jalan Besar Kepong. Ia terletak di dalam kawasan perbandaran Metro Prima dan berdekatan dengan Pejabat Pos Kepong, AEON Mall Metro Prima, Pangsapuri Suria Magna, Pekan Kepong Setia, Jalan Metro Prima dan Jalan Metro Perdana Barat 1.[3]
Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 menuju ke Kwasa Damansara.[3] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Metro Prima dilengkapi dengan kemudahan parkir atau Park and Ride.[1] Terdapat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[8]
Pintu stesen
Secara keseluruhannya, Stesen MRT Metro Prima mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di utara stesen atau Jalan Metro Perdana Barat 1 dan mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T112, T113 dan T114 beroperasi sepenuhnya di pintu A dan B. Kedudukan Pintu B pula terletak di selatan stesen, mengarahkan pengguna ke hentian kenderaan peribadi, teksi, perkhidmatan e-panggilan dan bas pengantara di Jalan Besar Kepong, berhampiran persimpangan Jalan Metro Prima.[9][10]
Jalan Metro Perdana Barat 1Templat:Taxi icon Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Taman Usahawan Kepong, Park and Ride Metro Prima, Taman Industri Ringan Seri Edaran
B
Selatan stesen
Jalan Besar Kepong Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, AEON Mall Metro Prima, Plaza Metro Prima, Jalan Metro Prima, Jalan Metro 2, Pangsapuri Mutiara Magma