Stesen LRT Kelana Jaya merupakan sebuah stesen LRT yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Sebelum projek Sambungan Jajaran LRT siap pada tahun 2015, stesen ini merupakan terminal barat bagi Laluan Kelana Jaya. Kelana Jaya juga merupakan nama bagi laluan LRT ini. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama laluan ini antara stesen ini dan stesen Pasar Seni.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah selatan, Petaling Jaya, Selangor. Stesen ini terletak kira-kira 100m dari Persimpangan Taman Megah (LDP). Juga terletak berdekatan ialah Kelana Jaya (SS 4 dan SS 5), Taman Bukit Emas, Taman Mayang Jaya (SS 26) dan SK Taman Megah.
Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 482 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]