Stesen MRT Taman Naga Emas

Taman Naga Emas
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT Taman Naga Emas, Taman Naga Emas, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Koordinat3°04′38″N 101°41′59″E / 3.077319°N 101.699832°E / 3.077319; 101.699832Koordinat: 3°04′38″N 101°41′59″E / 3.077319°N 101.699832°E / 3.077319; 101.699832
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T589
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan basikalAda
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY28 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 20 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kuchai
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Sungai Besi
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Taman Naga Emas ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) di Taman Naga Emas, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Kuchai dan Stesen MRT Sungai Besi serta mempunyai kod stesen iaitu PY28.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di kawasan Lembah Klang, struktur stesen ini adalah bertingkat.[2]

Sejarah

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Taman Naga Emas akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Taman Naga Emas terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S24.[2]

Stesen MRT Taman Naga Emas adalah dibawah kontrak S204. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain bagi kontrak S204 telah dianugerahkan kepada syarikat WCT Holdings Berhad, pada September 2017 dengan jumlah sebanyak RM199.5 juta. Kontrak S204 juga merangkumi pembinaan struktur dan kerja berkaitan di stesen MRT Kuchai.[4][5][6][7] Manakala pembinaan jambatan landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat pula, dibina di bawah kontrak V204 iaitu bermula di Portal Selatan landasan kereta api bawah tanah di Bandar Malaysia sehingga Kampung Muhibbah dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat sama, WCT Holdings Berhad pada November 2016, dengan jumlah sebanyak RM896.4 juta.[4][5] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]

Stesen MRT Taman Naga Emas telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[8] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[9] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[8][10][11]

Ciri-ciri stesen

Perkhidmatan

Stesen MRT Taman Naga Emas menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Kuchai dan Sungai Besi. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY28.

Lokasi

Stesen ini terletak di Off Jalan 4/140, dalam kawasan perumahan Taman Naga Emas, selatan Kuala Lumpur. Mercu tanda sekitar stesen MRT Taman Naga Emas ialah Perumahan Taman Naga Emas, Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan, Sekolah Kebangsaan (SK) Salak South, Perumahan Taman Salak Selatan, Perumahan Taman Sri Petaling, Kampung Malaysia Tambahan, Bandar Baru Sri Petaling dan Stesen Bandar Tasik Selatan, yang terletak 1.5 kilometer (0.9 bt) ke timur..[12]

Infrastruktur stesen

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Taman Naga Emas dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar aras jalan.[1] Stesen MRT Taman Naga Emas dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan landai, blok sentuh di permukaan lantai sekitar stesen, tandas mesra pengguna OKU, butang lif yang rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, kemudahan tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar stesen.[12]

Pintu stesen

Pintu Lokasi Destinasi Imej
A Off Jalan 4/140 Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi Hentian sebelah untuk bas pengantara (laluan T589), teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Pangsapuri Taman Naga Emas, Taman Salak Selatan, Taman Sri Petaling, Park and Ride MRT Taman Naga Emas
Kunci      Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan)

Buat masa sekarang, stesen MRT Taman Naga Emas hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja.[2]

Kesalinghubungan

Perkhidmatan bas

Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Taman Naga Emas terletak di Hab MRT Taman Naga Emas Pintu A. Terdapat satu laluan yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[13]

Laluan Koridor Pengendali Terminal
T589  Koridor Sungai Besi Rapid KL KL2537 MRT Taman Naga Emas Pintu A Bandar Baru Sri Petaling

Rujukan

  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c d MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  3. ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  4. ^ a b "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  5. ^ a b Sulhi Azman (20 September 2017). "WCT to build two elevated MRT stations for RM199.5m" [WCT akan membina dua stesen MRT bertingkat dengan harga RM199.5m]. The Edge Market (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Disember 2022.
  6. ^ NST Business (19 November 2022). "MRT Corp award RM200m job to WCT" [MRT Corp menganugerahkan kerja RM200m ke WCT]. New Starits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Disember 2022.
  7. ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
  8. ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  9. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  10. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  11. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  12. ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Taman Naga Emas". www.mymrt.com.my. Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.
  13. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.