Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sarawak di pekan Pudu, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Plaza Pudu, Hotel D'Majestic Place, SMK Dato' Onn, SJK (T) Jln San Peng, SJK (C) Chung Kwo dan SJK (C) Kung Min.
Pelan stesen
L2 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1
Aras Legar
Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras Tanah
Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Pintu stesen
Pintu stesen di Jalan Sarawak.
Stesen LRT Sentul dapat dicapai dengan menggunakan pintu masuk dan keluar yang terletak di Jalan Sarawak.
Rujukan
^David White. "Kuala Lumpur's new LRT line"(PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.