Stesen LRT Gombak (dahulunya dikenali sebagai Stesen LRT Terminal PUTRA) merupakan sebuah stesen LRT di Gombak, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen terminal bagi Laluan Kelana JayaRapidKL dan stesen paling utara dalam sistem pengangkutan RapidKL. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999, sebahagian segmen kedua LRT Putra yang merangkumi 12 stesen diantara stesen Masjid Jamek dan stesen ini (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di utara Taman Melati, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, stesen ini terletak di negeri Selangor kerana kedudukan stesen ini berhampiran sempadan KL-Selangor. Di sebelah barat stesen adalah Jalan Terminal putra manakala di sebelah timur stesen adalah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Juga terletak berhampiran stesen adalah Kampung Tengah Tambahan MRR2, taman perumahan Cemerlang Heights, Putra Villa Condominium dan Flat Taman Melati.
Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan bertingkat, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 1260 petak parkir kereta — 24 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 155 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas
Bas RapidKL laluan T200, T201 dan bas Smart Selangor laluan MPS1 berkhidmat di stesen ini.
Rancangan masa depan
Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Mei 2018)
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, stesen LRT ini akan menjadi sebuah hab pengangkutan untuk bas ekspres dari Pantai Timur Malaysia. Ia akan menggantikan Terminal Bas Putra yang sesak. Namun sehingga kini, tidak terdapat apa-apa rekaan dikeluarkan mahupun pembinaan dijalankan.[4]
Rujukan
^Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
^"Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
^"Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)