Stesen ini terletak sepanjang Jalan SS 2/3, Petaling Jaya, Selangor. Persimpangan Taman Megah Lebuhraya Damansara–PuchongLebuhraya Damansara-Puchong terletak kira-kira 300m utara stesen. Kawasan perumahan berdekatan stesen ini adalah SS 2, SS 3, SS 4 dan SS 24 Petaling Jaya. Stesen ini juga terletak berhampiran SMK Taman SEA dan Masjid Aminah al-Muhairi.
Pelan stesen
L2 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1
Aras legar
Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]