Stesen keretapi Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia. Stesen ini menyediakan kedua-dua perkhidmatan Komuter dan KTM ETS. Stesen ini menggantikan stesen keretapi Kuala Kubu Road terletak kira-kira 2.5 km barat daya stesen ini.
Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api arah utara).