Stesen ini terletak dibawah Jalan Ampang berhadapan pusat membeli-belah Avenue K. Di selatan stesen terletaknya kawasan pembagunan KLCC yang merangkumi pusat membeli-belah Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Taman KLCC, Menara 3 Petronas, Masjid asy-Syakirin dan Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah Four Season Place, Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Hotel Corus Kuala Lumpur, pangsapuri mewah Le Nouvel KLCC, The Meritz Condominium, Panorama KLCC Condominium, Hampshire Residences, Menara Public Bank, Menara Celcom Axiata, Menara Ambank, Menara PTPTN, Wisma Central, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan pejabat Kedutaan Nepal.
Pelan stesen
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, pusat membeli belah Suria KLCC dan Avenue K, perhentian bas,teksi dan kenderaan persendirian
B1
Aras legar
Pagar tambang, mesin tiket, pusat khidmat pelanggan, Avenue K dan Laluan pejalan kaki ke Suria KLCC
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan 300, 302, 303 dan Bas GoKL Hijau berkhidmat berdekatan stesen ini.