Bas Bandar Go KL (dijenamakan sebagai GOKL CityBus) adalah sebuah rangkaian perkhidmatan bas percuma yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Mula-mula dimiliki oleh Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) di bawah kendalian Rapid Bus, ia diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Januari 2019,[1] diikuti penyerahan hak pengendalian oleh Rapid Bus kepada Causeway Link dan SKSBus pada 1 November 2021.[2] Perkhidmatan percuma ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2012 dengan pelancaran dua laluan pekeliling, iaitu Hijau (KLCC-Bukit Bintang) dan Ungu (Pasar Seni-Bukit Bintang).[3]
Kebanyakan hentian bas di rangkaian ini terletak berhampiran tarikan-tarikan perlancongan, pusat membeli-belah utama dan stesen-stesen TRANSIT seperti KTM Komuter, LRT, Monorel KL dan ERL.
Laluan bas
Semua bas melalui laluan pekeliling arah jam berdasarkan peta laluan GoKL. Laluan-laluan ini tidak selari dengan laluan-laluan bas berbayar lain seperti bas RapidKL untuk mengelakkan persaingan dalam penumpang.
Mulai 1 Ogos 2023, nama-nama laluan ditukarkan dari warna ke nombor.[4][5]
Armada
Kini
- Yutong ZK6126HG (Causeway Link) – 40 buah (sejak 1 November 2021)
- SKS LEC-300 (Causeway Link, SKSBus) – 40 buah (sejak 1 November 2021)
- SKS Electric Bus (SKSBus) – 1 buah (sejak 1 November 2021)
Dahulu
- King Long XMQ6121G (Rapid KL) – 20 buah (31 Ogos 2012 – 31 Julai 2015)
- Daewoo BV120MA (CityLiner) – 20 buah (1 Mei 2014 – 31 Julai 2015)
- Scania K250UB (Rapid KL) – 40 buah (1 Ogos 2015 – 31 Oktober 2021)
- Alexander Dennis Enviro200 (Rapid KL) – 20 buah (1 Ogos 2015 – 1 Mei 2021)
- Scania K270UB (Rapid KL) – 20 buah (28 Ogos 2020 – 31 Oktober 2021)
Waktu operasi dan kekerapan bas
GoKL beroperasi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam. Kekerapan dijangka dalam 5–15 minit untuk bas dalam bandar dan 30 minit untuk bas pengantara tetapi tertakluk kepada keadaan lalulintas.[21]
Rujukan