Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Kewajipan di Subang Jaya, Selangor. USJ 17 terletak di barat daya stesen manakala USJ 20 dan USJ 21 terletak di tenggara stesen. Terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah Main Place Mall, pangsapuri mewah Tropika Paradise Condominium, Masjid al-Madaniah, Kuil Seafield Sri Mariamman dan permulaan Lebuhraya Damansara–PuchongLebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Pelan stesen
L2 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1
Aras legar
Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 562 petak parkir kereta— 5 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 127 petak parkir disediakan khas untuk wanita,[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]