Stesen LRT Lembah Subang adalah stesen LRT di Petaling Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak berhampiran Depot LRT Lembah Subang. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran laluan ini ke Putra Heights.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan PJU 1a/46, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Putra Damai, Dataran Prima, Taman Megah Emas, depot LRT Lembah Subang, pangsapuri mewah Eve Suites dan kompleks pangsapuri mewah D'aman.
Pelan stesen
L2 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1
Aras legar
Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Pintu stesen
Pintu
Destinasi
Gambar
A
Jalan PJU 1A/41 Hentian sebelah untuk bas teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Pusat Komersial NXZ, Kondominium D'Crimson, Kondominium Eve Suite, Kondominium D'Aman Suria, Taman Putra Permai, Taman Mayang, Winchester, Cantara Residence
B
Jalan PJU 1A/46 Hentian sebelah untuk bas, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Depoh LRT Lembah Subang
C
Sambungan pejalan kaki dari aras legar ke kondominium Eve Suite