Stesen MRT Kuchai ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) di Kuchai Lama, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Chan Sow Lin dan Stesen MRT Taman Naga Emas serta mempunyai kod stesen iaitu PY27.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di kawasan Lembah Klang, struktur stesen ini adalah bertingkat. Nama asal stesen ini ialah Kuchai Lama, sebelum ditukar kepada Kuchai.[2]
Sejarah
Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumumkan bahawa stesen Kuchai Lama akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Kuchai Lama terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S23. Nama stesen telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu, Kuchai pada tarikh yang tidak diketahui.[2]
Stesen MRT Kuchai adalah dibawah kontrak S204. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain bagi kontrak S204 telah dianugerahkan kepada syarikat WCT Holdings Berhad, pada September 2017 dengan jumlah sebanyak RM199.5 juta. Kontrak S204 juga merangkumi pembinaan struktur dan kerja berkaitan di stesen MRT Taman Naga Emas.[4][5][6][7] Manakala pembinaan jambatan landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat pula, dibina di bawah kontrak V204 iaitu bermula di Portal Selatan landasan kereta api bawah tanah di Bandar Malaysia sehingga Kampung Muhibbah dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat sama, WCT Holdings Berhad pada November 2016, dengan jumlah sebanyak RM896.4 juta.[4][5] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]
Stesen MRT Kuchai telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[8] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[9] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[8][10][11]
Ciri-ciri stesen
Perkhidmatan
Stesen MRT Kuchai menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Chan Sow Lin dan Taman Naga Emas. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY27.
Lokasi
Stesen ini terletak di Jalan Kuchai Lama, dalam kawasan Kuchai Lama, selatan Kuala Lumpur. Mercu tanda sekitar stesen MRT Kuchai ialah Persimpangan Bertingkat Kuchai Lama (Susur Keluar 907/2003), iaitu persimpangan antara Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Maju dan Jalan Kuchai Lama, Nirvana Memorial Center, Residensi Far East, Kondominium De Tropicna, Residensi Kuchai Timur, Residensi Spring Avenues, Pangsapuri Lily, Komersial Kuchai Entrepreneurs Park, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILP Kuala Lumpur), Pangsapuri The Leafz, Pangsapuri The Starz, dan pasar raya NSK Trade City cawangan Kuchai Lama.[12]
Infrastruktur stesen
Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Kuchai dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1] Stesen MRT Kuchai dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan landai, blok sentuh di permukaan lantai sekitar stesen, tandas mesra pengguna OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, kemudahan tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri.[12]
Pintu stesen
Pintu
|
Lokasi
|
Destinasi
|
Imej
|
|
A
|
Susur Jalan Kuchai Lama
|
Hentian sebelah untuk bas pengantara di mana laluan T585, T586, T587 dan T588 berkhidmat di sini, teksi, e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Residensi Far East, Plaza Sungai Besi, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILP Kuala Lumpur), Nirvana Memorial Center, Park and Ride MRT Kuchai
|
|
KEP
|
Jalan Kuchai Lama
|
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Residensi Kuchai Timur, Residensi Spring Avenues, Pangsapuri Lily, Komersial Kuchai Entrepreneurs Park, NSK Trade City Kuchai Lama
|
|
Kunci
|
Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan)
|
Buat masa sekarang, stesen MRT Kuchai hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja. Pembinaan Pintu B stesen adalah ditangguhkan.[2]
Kesalinghubungan
Perkhidmatan bas
Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Kuchai terletak di Hab MRT Kuchai Pintu A. Terdapat empat laluan yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[13]
Rujukan
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan. |