Stesen LRT Bandaraya ialah stesen LRT yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Selain itu, terdapat jambatan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan 12Bank Negara, yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen adalah Sungai Gombak manakala di sebelah timur laut stesen adalah pusat membeli-belah SOGO KL. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli belah Kompleks Pertama, Menara UOB, Menara CIMB, Menara DBKL, Menara KWSP, Hotel The Grand Campbell, Hotel Premiera, kompleks Bank Negara Malaysia dan Pasar Malam Tunku Abdul Rahman.
Pelan stesen
L2 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1
Aras Legar
Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan jejambat pejalan kaki ke SOGO KL dan 12Bank Negara
G
Aras Tanah
Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]
Rujukan
^David White. "Kuala Lumpur's new LRT line"(PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.