Stesen MRT UPM ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini dibuka secara rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Serdang Jaya dan Stesen MRT Taman Equine serta mempunyai kod stesen iaitu PY34.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di kawasan Lembah Klang, struktur stesen ini direkacipta sebagai stesen bertingkat.[2]
Sejarah
Penamaan stesen
Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen UPM bakal menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen sepanjang Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT UPM terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S29.[2]
Pembinaan dan pembukaan
Pembinaan stesen MRT UPM adalah dibawah kontrak S206. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain bagi kontrak S206 telah diberikan kepada syarikat Ahmad Zaki Sdn. Bhd. dengan jumlah sebanyak RM32.14 bilion. Kontrak S206 yang merangkum pembinaan struktur dan kerja berkaitan juga termasuk dengan Stesen MRT Serdang Raya Selatan, di Taman Serdang Raya dan Stesen MRT Serdang Jaya, di Taman Serdang Jaya.[4][5][6] Manakala pembinaan jambatan landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat pula, dibina di bawah kontrak V206 iaitu bermula di Serdang Raya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. pada Mac 2017, dengan jumlah sebanyak RM952.09 juta.[4][7] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]
Stesen MRT UPM akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral.[8] Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[9] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[10] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[9][11][12]
Ciri-ciri stesen
Perkhidmatan
Stesen MRT UPM menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Serdang Jaya dan Taman Equine. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY34.
Lokasi
Stesen ini terletak di Jalan UPM, di kawasan pentadbiran Mukim Petaling, di Daerah Petaling, Selangor. Stesen MRT UPM menyediakan kemudahan bagi penduduk di sekitarnya seperti Taman Bukit Serdang, Taman Seri Serdang dan Taman Serdang Jaya serta pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Mercu tanda berhampiran dengan stesen ini dalam lingkungan 100 meter ialah Masjid Riyadhus Solihin, Taska Cahaya Mata Koperasi UPM, Residensi Antarabangsa UPM, Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak UPM, Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul UPM, Unit Kesihatan Haiwan Laut UPM, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Surau Al-Madrasah Al-Muflihah Kuarters UPM dan Kuarters Universiti Putra Malaysia.[13]
Infrastruktur
Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT UPM dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar aras jalan.[1] Stesen MRT UPM dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan yang landai, blok sentuh di permukaan lantai sekitar stesen, tandas mesra pengguna OKU, butang lif yang rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, kemudahan tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar stesen.[13]
Pintu stesen
|
Pintu
|
Lokasi
|
Destinasi berdekatan
|
Gambar
|
A
|
Jalan UPM
|
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak UPM, Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul UPM, Unit Kesihatan Haiwan Laut UPM, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM
|
|
Buat masa sekarang, stesen MRT UPM mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja.[2][13]
Kesalinghubungan
Perkhidmatan bas
Perkhidmatan bas di Stesen MRT UPM terletak di Hab MRT UPM Pintu A.[14]
- Rapid Bus (Bas Pengantara MRT):
- T566 (ke Taman Bukit Serdang/Taman Universiti Indah)
- T567 (ke Taman Seri Serdang/Fakulti Kejuruteraan UPM)
- T568 (ke Sekolah Pengajian Siswazah/Fakulti Pertanian UPM)
Rujukan
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan. |