Stesen BRT SunMed ialah stesen BRT yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di atas Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah Sunway Medical Centre manakala di selatan stesen adalah pusat membeli-belah Sunway GEO Avenue. Juga terletak berhampiran adalah Menara Sunway Geo, Sunway Lagoon Club, Palmville Resort Condominium, taman perumahan BayRocks Garden Waterfront Villas, dan Sunway Geo Residences.
Pelan stesen
P Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
M
Aras mezanin
Jejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway Medical Centre dan Sunway GEO Avenue
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.
Perkhidmatan bas
Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Medical Centre dimana bas laluan Sunway City berkhidmat di hentian bas tersebut.