Stesen LRT Bandar Tun Razak ialah stesen LRT yang terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Bandar Tun Razak. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Link Timur–BaratLebuhraya Salak. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Mulia, Flat Sri Kota, PPR Taman Mulia dan Pusat Komuniti Komersial Bandar Tun Razak.
Pelan stesen
G
Bangunan stesen
Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]
Pintu stesen
Pintu A stesen di Persiaran Ikhlas.
Pintu B stesen di Jalan Budiman 26/17a/Jalan Budiman 1
Stesen LRT Bandar Tun Razak dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.