Stesen LRT UiTM Shah Alam ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Raja Muda dan Stesen LRT Seksyen 7 Shah Alam serta mempunyai kod stesen iaitu SA14.[1] Stesen LRT UiTM Shah Alam merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang bulan Mac tahun 2023.[2][3][4]
Sejarah
Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT UiTM Shah Alam dilabel sebagai stesen ke-14 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai UiTM Shah Alam, stesen ini dikenali sebagai UiTM sahaja.
Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT UiTM Shah Alam dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[6] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[2][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam termasuk stesen ini bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[2][3][4] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[10]
Ciri-ciri stesen
Perkhidmatan
Stesen LRT UiTM Shah Alam menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Raja Muda dan stesen Seksyen 7 Shah Alam. Kod stesen bagi stesen LRT UiTM Shah Alam ialah SA14.[1]
Lokasi stesen
Stesen LRT UiTM Shah Alam terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT UiTM Shah Alam terletak di bawah FT 2 (Jalan Lebuhraya Persekutuan), di Shah Alam, Selangor. Stesen LRT UiTM Shah Alam teletak di dalam kawasan Seksyen 1 Shah Alam di bahagian utara dan Seksyen 16 Shah Alam di bahagian selatan.[11][12] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam, Dewan Tuaku Canselor UiTM, Stadium UiTM, Kompleks Perumahan Kerajaan Selangor Sekysen 16, Flat PKNS Seksyen 16, Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 16, bangunan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM, bangunan Fakulti Undang-undang UiTM, bangunan Institut Kecemerlangan Perniagaan (IBE) UiTM, bangunan Institut Kualiti dan Perkembangan Ilmu (InQKA) UiTM, dan Perpustakaan Undang-Undang Tun Abdul Razak.[11][12]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan. |