Stesen LRT Dato' Menteri ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Stadium Shah Alam dan Stesen LRT Raja Muda serta mempunyai kod stesen iaitu SA12.[1] Stesen LRT Dato' Menteri merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang bulan Mac tahun 2023.[2][3][4]
Sejarah
Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Dato' Menteri dilabel sebagai stesen ke-12 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Dato' Menteri, stesen ini dikenali sebagai Section 14, Bandar Anggerik, dan Bandaraya Shah Alam.
Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT Dato' Menteri dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[6] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[2][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[2][3][4] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[10]
Ciri-ciri stesen
Perkhidmatan
Stesen LRT Dato' Menteri menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Stadium Shah Alam dan stesen Raja Muda. Kod stesen bagi stesen LRT Dato' Menteri ialah SA12.[1]
Lokasi stesen
Stesen LRT Dato' Menteri terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Dato' Mentari terletak di bawah Persiaran Dato Mentari, salah satu jalan raya utama di Shah Alam, Selangor. Stesen LRT Dato' Menteri teletak di dalam kawasan Seksyen 14, Shah Alam.[11][12] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Pusat Konvensyen Shah Alam (Shah Alam Convention Centre), bangunan UTC Selangor, Bank Simpanan Nasional (BSN) Utama Shah Alam, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Apartmen Vista Alam, Avisena Specialist Hospital, bangunan Alinea Suites, Plaza Azalea, Pusat Beli-belah Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Mall), Hentian Bandar Seksyen 14 Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam Mall, bangunan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Taman Tasik Shah Alam dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[11][12]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan. |