Stesen ERL Kuala Lumpur International Airport (singkatan Stesen ERL KLIA) ialah sebuah stesen keretapi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Malaysia dan merupakan stesen bagi perkhidmatan KLIA Transit dan KLIA Ekspres.[1] Stesen ini dibuka apabila perkhidmatan KLIA Ekspres mula berkhidmat pada 14 April 2002. Stesen ini merupakan sebahagian daripada kompleks KLIA.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di Aras 1, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor, Malaysia. Selain KLIA, mercu tanda lain di sekitar stesen adalah Pusat Cuaca D, Jabatan Meteorologi Malaysia; MSPR KLIA; dan Hotel Sama-Sama KLIA.
Pelan stesen
L1
Aras Legar
Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, medan bas perlancongan, KLIA
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar stesen untuk perkhidmatan KLIA Transit. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Stesen ini adalah sebahagian daripada bangunan Terminal Utama KLIA.
Perkhidmatan bas
Terdapat bas tempatan dan dan bas ulang-alik berkhidmat di aras 1 Bangunan Terminal Utama KLIA iaitu laluan bas RapidKL E1, laluan bas Smart Selangor SPG1 dan SPG2 serta laluan bas ulang-alik ke LTCP dan Mitsui Outlet Park.
Rujukan
^"Our Services" [Perkhidmatan Kami] (dalam bahasa Inggeris). Express Rail Link Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-03. Dicapai pada 12 Jun 2014.