Tokyo Metro (東京メトロcode: ja is deprecated , Tōkyō Metoro) merupakan salah satu daripada dua sistem transit aliran (sistem kereta api bawah tanah) yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia adalah sistem laluan bawah tanah yang paling banyak digunakan di dunia. Pada tahun 2014, Tokyo Metro mempunyai kadar purata penumpang harian seramai 6.84 juta orang manakala sistem yang lagi satu iaitu Kereta Api Toei (都営地下鉄code: ja is deprecated , Toei chikatetsu) pula mempunyai 2.85 juta penumpang sehari.[2][3]
Organisasi
Tokyo Metro dikendalikan oleh Tokyo Metro Co., Ltd. (東京地下鉄株式会社code: ja is deprecated , Tōkyō Chikatetsu Kabushiki-gaisha), sebuah syarikat swasta yang dimiliki bersama oleh kerajaan Jepun dan kerajaan Metropolitan Tokyo.
Syarikat ini menggantikan Lembaga Transit aliran Teito (帝都高速度交通営団code: ja is deprecated , Teito Kōsokudo Kōtsū Eidan) atau lebih dikenali sebagai Eidan atau TRTA sejak 1 April 2004. TRTA telah ditadbir oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun. Ia dibiayai bersama oleh kerajaan pusat dan metropolitan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1941 atau seawal 1927.
Pengendali kereta bawah tanah yang lain ialah Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo (Toei), yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Tokyo. Kereta api Metro dan Toei membentuk rangkaian yang berasingan. Pas kereta api prabayar boleh bertukar ganti antara kedua-dua rangkaian. Namun tambang dinilai secara berasingan.
Kemudahan
Banyak usaha dibuat untuk membuat sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak boleh bertutur Jepun seperti:
Stesen keretapi yang ditanda dalam bahasa Inggeris dan Jepun (dalam tulisan kanji dan hiragana). Terdapat juga dalam bahasa Cina dan Korea.
Stesen keretapi mengunakan kod warna tanpa perlu mengetahui nama stesen. Sebagai contoh, Stesen Shinjuku di aliran Marunouchi bertanda M-08 dengan bulatan berwarna merah.
Banyak stesen juga direka untuk membantu orang-orang yang cacat penglihatan.
Stesen Tokyo Metro mula menerima kad prabayar PASMO (RFID) sejak Mac 2007 untuk membayar tambang. Sistem Suica JR Timur untuk tujuan universal. Kedua-dua pas boleh digunakan di sekitar sistem keretapi. Kebanyakan pengguna beralih kepada kad ini kerana ia sangat efisen.
Tokyo Metro sangat cekap kerana mempunyai kereta api tiba kurang dari lima minit. Ia beroperasi pada waktu siang dan malam. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan 24 jam sehari. Kereta api pertama amnya bermula pada 05:00.
Tokyo Metro turut mengekalkan sebuah muzium berhampiran Stesen Nishi-Kasai di aliran Tōzai yang dibuka pada 12 Julai 1986. Di muzium ini, terdapat beberapa buah kereta api lama yang pernah beroperasi di aliran Ginza dan Marunouchi.
Aliran kereta api
Tokyo Metro mempunyai sembilan buah laluan (aliran) kereta api dengan panjang keseluruhannya adalah 195.1 kilometer (121.2 bt).[1]