Aliran Chiyoda Tokyo Metro (東京メトロ千代田線, Tōkyō Metoro Chiyoda-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo, Jepun. Ia diuruskan dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran kereta api ini beroperasi dari stesen Yoyogi-uehara sehingga ke stesen Kita-ayase. Aliran Chiyoda juga dikenali sebagai Aliran 9 Aliran Chiyoda (9号線千代田線, 9-gōsen Chiyoda-sen).
Gambaran keseluruhan
Kereta api ini beroperasi pada aliran kereta api yang lain di kedua-dua hujungnya. Lebih separuh daripadanya adalah kereta api ke timur laut melangkaui Ayase ke Aliran Jōban milik Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR Timur) untuk Toride. Selebihnya beroperasi ke arah barat daya melangkaui stesen Yoyogi-uehara ke Aliran Odawara untuk Hon-atsugi dan Aliran Tama untuk Karakida, dimana kedua-dua aliran itu merupakan milik syarikat swasta, Kereta Api Odakyu.
Panjang aliran ini adalah 24 kilometer (15 bt), dimana ia menjangkau dari barat daya Tokyo hingga ke kawasan timur laut dan merentasi beberapa buah daerah atau wad seperti Adachi, Arakawa, Bunkyō, Chiyoda, Minato dan Shibuya.
Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, aliran Chiyoda merupakan aliran kereta api alihan laju kedua tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 181% ketika waktu puncak di antara stesen Machiya dan Nishi-nippori.[3]
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Chiyoda ditunjukkan dengan warna hijau (▉) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "C" ().
Stesen
Secara keseluruhannya terdapat 20 buah stesen bagi aliran Tōzai dan kesemua stesen tersebut terletak di bandar raya Tokyo. Semua kereta api tempatan akan berhenti di setiap stesen. Perkhidmatan kereta api ekspres terhad Romancecar Odakyu berhenti di stesen yang bertanda "●" dan tidak berhenti di stesen yang bertanda "|" manakala perkhidmatan ekspres terhad Bay Resort tidak berhenti di stesen bertanda "▲" (ia meninggalkan aliran Chiyoda di Kasumigaseki). Bagi perkhidmatan ekspres terhad lain, ia berhenti di Yoyogi-uehara (bertanda "※") untuk menukar pemandu dan konduktor tetapi penumpang tidak boleh menaiki atau turun di stesen ini.
- ^ Yoyogi-uehara berkongsi dengan Kereta Api Elektrik Odakyu dan Tokyo Metro dimana Kereta Api Elektrik Odakyu menguruskan stesen ini.
- ^ a b Kita-senju dan Ayase berkongsi dengan syarikat JR Timur dan Tokyo Metro dimana Tokyo Metro menguruskan stesen ini.
Aliran cabang
Kedua-dua stesen berikut terletak di Adachi, Tokyo.
Nombor
|
Stesen
|
Jarak (km)
|
Pertukaran
|
Lokasi
|
Bahasa Melayu
|
Bahasa Jepun
|
Antara stesen
|
Keseluruhan
|
C-19
|
Ayase
|
綾瀬
|
-
|
21.9
|
- Aliran Chiyoda (untuk Yoyogi-uehara)
- Aliran Jōban
|
Adachi
|
C-20
|
Kita-ayase
|
北綾瀬
|
2.1
|
24.0
|
|
Rujukan
Pautan luar