Aliran Hibiya Tokyo Metro (東京メトロ日比谷線code: ja is deprecated , Tōkyō Metoro Hibiya-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo, Jepun. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini dinamakan sempena nama daerah Hibiya, di mana aliran ini melalui daerah itu. Nama rasminya adalah Aliran 2 Aliran Hibiya (2号線日比谷線code: ja is deprecated , 2-gōsen Hibiya-sen).
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran ini ditunjukkan dengan warna kelabu (▉) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "H" ().
Gambaran keseluruhan
Aliran Hibiya beroperasi di antara stesen Naka-meguro di Meguro dan Kita-senju di Adachi. Laluan aliran ini sedikit sebanyak agak sama dengan aliran Ginza. Walau bagaimanapun, aliran Hibiya direka bentuk untuk berkhidmat kepada beberapa daerah penting yang tiada pada aliran Ginza seperti Ebisu, Roppongi, Tsukiji, Kayabachō dan Senju.
^Naka-meguro dikongsi oleh syarikat Tōkyū dan Tokyo Metro; Tōkyū menguruskan stesen tersebut.
^Kita-Senju dikongsi oleh Keretapi Tobu dan Tokyo Metro; Keretapi Tobu menguruskan stesen tersebut.
Cadangan stesen baru
Satu stesen baru yang masih belum bernama dijadualkan akan dibina di antara stesen Kamiyachō dan Kasumigaseki yang akan dibuka sementara pada 2020 sempena Sukan Olimpik pada tahun itu dan ia akan dibuka sepenuhnya pada tahun fiskal 2022.[5] Terletak 800 meter (2,600 ka) di selatan Kasumigaseki dan 500 meter (1,600 ka) di utara Kamiyacho, stesen baru ini akan berada di sisi barat kawasan perumahan dan perniagaan Toranomon Hills yang telah dibuka pada 2014, di mana ia akan menyediakan sambungan dengan bas dan terminal bas alihan laju yang juga dirancang untuk dibuka pada sukan Olimpik 2020.[5]
^"History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2016. Dicapai pada 23 Januari 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)