Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Keramat di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah selatan stesen adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala LumpurLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur AKLEH. Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat, Kompleks Sukan Dato' Keramat, Pasar Dato Keramat, Masjid al-Akram, Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek, SRI al-Alusi, SK Datuk Keramat 1& 2 dan pangsapuri mewah Picasso Residence.
Pelan stesen
L1 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
G
Aras tanah
Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]