Jalan Negeri Kedah K708 (K708) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.91 kilometer (1.2 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Bandar Baling di barat dengan Taman Sri Aman, Kampung Charuk Nau di timur.[3]
Deskripsi laluan
Jajaran
Jalan Negeri Kedah K708, bermula di Bandar Baling, dalam pentadbiran Mukim Bongor, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di bulatan Jalan Persekutuan 76 (Jalan Pengkalan Hulu) dengan Jalan Badlishah. Jalan raya ini akan membengkok ke tenggara selepas melepasi bulatan. Di Kampung Banggol Lada, terdapat dua simpang tiga, iaitu simpang tiga pertama di Taman Bukit dan yang kedua merupakan simpang K753 (Jalan Kampung Bendang Sera), terletak berhampiran dengan Rumah Rehat Baling. Jajaran diteruskan, di Taman Abadi berhampiran Sekolah Model Khas Baling dan GiatMARA Baling, jalan raya ini akan bersimpang tiga hala dengan K709 (Jalan Charuk Nau), jalan utama ke Taman Harmoni.[4][5]
Selepas melepasi simpang tersebut, jalan raya ini akan melalui Kawasan Tanah Perkuburan Islam Charuk Nau dan Masjid Al-Hijrah Taman Sri Aman. K708 akan tamat di simpang tiga di Taman Sri Aman bersimpang dengan Jalan Taman Sri Aman dan Jalan Taman Abadi B.[4][5] Kesemua jajaran Jalan Negeri Kedah K708 terletak di Mukim Baling.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K708, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]
Nama
Ia dikenali sebagai Jalan Charuk Nau dan Jalan Rumah Rehat Baling dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K708 ialah Jalan Bukit Charuk Nau.[1]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|