Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau (Laluan Negeri Kedah K669) ialah jalan negeri yang terletak di selatan Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K669 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.24 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Matang Gedong di utara dengan Kampung Kilang Makau di selatan dengan melalui kawasan perumahan Taman Seri Gedong, Kampung Belukar, Kampung Pulau Tengah, Taman Kempas Fasa Tiga dan Taman Kempas Fasa Satu.[4][5] Ia juga dikenali sebagai Jalan Kempas.
Gambaran keseluruhan
Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau bermula di persimpangan Taman Sejati dengan Jalan Lencongan Timur (Laluan Persekutuan 225), di Kampung Matang Gedong. Ia akan menuju ke selatan untuk memasuki Taman Seri Gedong, melewati kawasan perumahan dan komersial. Di Kampung Belukar, laluan K669 akan bersilang dengan jalan perumahan ke Taman Kempas Fasa Tiga. Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau akan melintasi bawah Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1) dan seterusnya akan membengkok tajam ke barat daya; kira-kira 1 kilometer (0.62 bt) dari penghujung utara berhampiran dengan Kampung Pulau Tengah dan Taman Kempas Fasa Satu. Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau (K669) berakhir dengan persilangan dengan Jalan Batu 41-Sidam (Laluan Negeri Kedah K162) berdekatan dengan kawasan perindustrian di Kampung Kilang Makau.[4][5][6]
Secara keseluruhan, Laluan K669 ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong dan terletak di bawah pentadbiran satu mukim di Daerah Kuala Muda iaitu, Mukim Pinang Tunggal.[2]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|