Jalan Sungai Petani–Taman Intan (Laluan Negeri Kedah K661) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Sungai Petani–Taman Intan, atau juga dikenali sebagai Jalan Pangkalan diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.32 kilometer (0.8 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Gurun Jaya adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]
Permulaan laluan ini terletak di Pusat Bandar Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Semeling–Sungai Petani (Laluan Negeri K167) berdekatan dengan TMPoint Sungai Petani dan bangunan pejabat pos Pos Malaysia. Ia akan menuju ke arah barat daya melalui bangunan-bangunan kedai lama. Apabila pengguna jalan raya berada di Taman Pekan Baru tepatnya di kilometer 0.6, jalan raya ini akan bersilang dengan Jalan Bakar Kapor (atau Jalan Tepi Padang Golf; Laluan Negeri K674). Jajaran jalan raya diteruskan hingga di penghujungnya di Taman Intan, di mana ia akan bersilang dengan Jalan Taman Intan (Laluan Negeri K627).[4][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|