Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu (Laluan Negeri Kedah K613) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[1][2]
Gambaran keseluruhan
Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[3] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.97 kilometer (1.8 bt).[4] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu adalah jalan raya tunggal.[5]
Permulaan jajaran Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu (K613) berada di Pekan Jeniang, bersimpang dengan Jalan Gurun-Kepala Batas, Laluan Persekutuan 175 dan akan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan Kampung Lahar. Seterusnya, kira-kira dalam 500 meter (0.3 bt) terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Perahu dan jalan raya akan kearah tenggara serta pengguna jalan raya akan memasuki kawasan Kampung Sungai Perahu di Mukim Teloi Kiri.[5] Di kilometer 1.5, jalan raya akan melengkung ke arah selatan dan akan terdapat sebuah kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Perahu. Selepas melepasi kawasan tersebut, akan terdapat sebuah jambatan Sungai Keduak kiri-kira di kilometer 2.1. Jalan raya menuju ke selatan dan akan berakhir di Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus (Central Spine Road), Laluan Negeri K17 berhampiran dengan Kampung Sungai Keduak.[5]
Senarai simpang
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|