Jalan Negeri Kedah K658 (Jalan Pegawai, Jalan Taman Bunga Raya atau Jalan Kelab Sungai Petani–Taman Bunga Raya) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K658 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.92 kilometer (0.6 bt),[1][3] menghubungkan Taman Bunga Raya di utara dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar K659 di selatan.[4]
Gambaran keseluruhan
Permulaan Jalan Pegawai K658 terletak di Kelab Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar K659. Beberapa meter hadapan, jalan raya ini akan bertemu dengan Jalan Sungai Layar K607 (atau Jalan Kapal Terbang) berdekatan dengan Perpustakaan Awam Sungai Petani, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda dan Klinik Pergigian Sungai Petani. Selepas itu, jalan raya akan membengkok ke arah timur laut. Jajaran jalan raya diteruskan hingga di penghujungnya di Bulatan Taman Bunga Raya, di mana ia akan bersilang dengan Jalan Semeling–Sungai Petani (Laluan negeri K167).[4][5]
Secara keseluruhan, Jalan Pegawai K658 ialah sebuah jalan negeri kategori biasa, jalan raya tunggal dengan dua lorong, terletak di kawasan bandar Sungai Petani serta terletak sepenuhnya di Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda.[2][6]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|