Jalan Negeri Kedah K604 (Jalan Simpang Guar Nenas atau Jalan Kampung Jerai–Simpang Guar Nenas) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K604 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.24 kilometer (0.8 bt),[1] menghubungkan Kampung Guar Nenas di utara dengan Jalan Guar Nenas K603 di selatan dengan melalui perkampungan tersebut dan Taman Alam Maju.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung barat di Kampung Guar Nenas, Jalan Negeri Kedah K604 bermula di persimpangannya dengan Jalan Butterworth–Alor Setar FT1 berhampiran dengan Taman Puteri Lagenda.Persimpangan ini mempunyai lampu isyarat. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan perladangan. Ia akan menyeberangi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran dengan Taman Alam Maju dengan kecerunan 10 peratus. Di sepanjang Jalan Simpang Guar Nenas K604 tiada persilangan dengan jalan utama. Jajaran K604 akan berakhir di kawasan kampung yang sama, bersimpang tiga dengan Jalan Guar Nenas K603; ia juga mempunyai lampu isyarat.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Simpang Guar Nenas K604 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|