Jalan Negeri Kedah K293 (diringkaskan K293) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.177 kilometer (1.4 bt).[1] Kebanyakkan jenis jalan raya yang dibina ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[3]
Kesemua bahagian atau seksyen di jalan negeri ini tereletak sepenuhnya di Mukim Sungai Laka, Daerah Kubang Pasu.[2]
Latar belakang
Kilometer sifar bagi Jalan Negeri K293 terletak di Ladang Bukit Tangga, berhampiran dengan Ladang Yee Woh Yoon, Kawasan Perindustrian PKNK Bukit Kayu Hitam dan Kampung Telaga Dalam. Ia bersimpang dengan dua batang jalan raya yang bertindih iaitu Jalan Kepala Batas–Kemunting sebagai Jalan Persekutuan 1 dan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara sebagai Lebuhraya 1/E1. K293 akan melintasi dua batang saliran tanpa nama, pertama terletak 0.46 kilometer (0.29 bt) dari hujung barat manakala yang kedua tereletak 0.66 kilometer (0.41 bt) dari hujung barat. Masing-masing terletak berhampiran dengan kawasan Ladang Yee Woh Yoon. Menuju ke timur, melalui kawasan estet, ia akan tamat dengan jalan mati di Kampung Padung atau Kampung Pandung.[3][4]
Nama
Ia dikenali sebagai Jalan Kampung Padung, Jalan Kampung Pandung, Jalan Kampung Pandong, Jalan Masuk Kampung Padung dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K293 ialah Jalan Kampung Padong.[1][4]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|