Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda bermula di persimpangan dengan Jalan Tikam Batu–Pantai Merdeka, di Pekan Kota Kuala Muda; berhampiran dengan sebuah sekolah rendah bantuan kerajaan iaitu, Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Ia akan menuju ke barat untuk memasuki Kampung Permatang Nyior, melewati kawasan penanaman sawah padi. Di Kampung Permatang Kelompang, jalan raya ini akan membengkok ke selatan; kira-kira 1.3 kilometer (0.81 bt) dari penghujung timur, dan akan membengkok semula ke arah barat di Kampung Haji Kudong; berdekatan dengan Masjid As-Syakirin. Laluan ini akan bersilang dengan jalan perumahan Taman Permatang Katong (atau Taman Tsunami). Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda (K670) berakhir dengan persilangan dengan Jalan Kampung Tepi Sungai–Pulau Sayak (Laluan Negeri Kedah K642) berdekatan Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda dan Dataran Tsunami di Kampung Kuala Sungai Muda; selepas melepasi jambatan Sungai Kuala Muda.[4][5][6]