Jalan Negeri Kedah K255 (Jalan Kampung Kandis–Kampung Kolam) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K255 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.46 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Kandis di barat dan Kampung Kolam di timur.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K255 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Kandis, di mana K255 bertemu dengan Jalan Persekutuan 175 (Jalan Kodiang). Simpang ini hanya boleh dicapai oleh pengguna dari Kodiang sahaja. K255 akan melalui kawasan perkampungan berselerak Kampung Kandis, lalu melintasi terusan buatan manusia iaitu Terusan Utara dan memasuki kawasan perkampungan Kampung Meribut. Bermula dari sini, K255 akan melalui kawasan pertanian iaitu sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat. K255 akan bersimpang dengan beberapa jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) atau permatang di sepanjang laluan K255 yang diwarta. K255 akan meninggalkan kawasan Kampung Meribut dan memasuki kawasan Kampung Kubang Besar setelah menjelajah sepanjang dua kilometer dari penamat baratnya. K255 akan melintas sebatang sungai kecil iaitu Sungai Pering, lalu tiba di penamat timurnya di Kampung Kolam, di mana ia be bertemu dengan Jalan Negeri K254(Jalan Tok Arang).[3][4]
Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K255 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K254 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K255 juga merupakan jalan raya tunggal timur–barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K255 dikenali sebagai Jalan Kampung Kandis/Kampung Kolam dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|