Jalan Kampung Sena (Laluan Negeri Kedah K576) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][1]
Gambaran keseluruhan
Jalan Kampung Sena diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.6 kilometer (0.4 bt).[3] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Sena adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sena, di persimpangannya dengan Jalan Batu Lapan–Charok Kit (Laluan Negeri Kedah K565). Di beberapa meter di hadapan, akan terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Sik. Selepas itu, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Pegawai. Selepas melepasi simpang tiga tersebut, laluan diteruskan hingga di terminal selatan di Bandar Sik bersimpang dengan Jalan Gurun–Kepala Batas (Laluan Persekutuan Malaysia 175).[4][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|